27 January 2019

PENGGIAT SENI BERSATU KUMPUL DANA - BALU ZAIBO TERHARU


"Apabila rakan artis tampil membantu mengumpul dana dan membuat persembahan memperingati suami, pelbagai perasaan timbul termasuk sedih, sayu, gembira.





"Apa dilakukan Saiful yang juga adik angkat Zaibo menunjukkan keprihatinan terhadap kami sekelurga dan Insya-Allah usaha mereka akan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah," kata balu kepada Allahyarham pelakon dan pelawak Zaibo iaitu Siti Hawa Sawal.

Beliau terharu apabila ada pihak menganjurkan persembahan amal bagi memperingati pelakon dan pelawak itu yang diadakan di The Space, Oasis Village, Petaling Jaya semalam.

Siti Hawa berkata, usaha pengasas Positive Music 4 positive people (PM4PP), Saiful Azlan Freezailah bagi mengumpul dana untuk membantu keluarganya akan digunakan dengan sebaiknya termasuk merialisasikan projek galeri untuk Zaibo yang sedang dalam proses pembinaan di Rengit, Johor.

Klik untuk gambar besar


Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik turut hadir merasmikan acara itu.

Antara barisan selebriti yang terlibat pada acara itu termasuk Noh Salleh, Kayda Aziz, Penunggu, Airwaves on Fire, Skies Are Red, Papi Zak, Nizam Jentik, Faisal Merican dan Juliana Heng.

Dalam pada itu, Siti Hawa berkata, projek galeri untuk Zaibo sudah pun 20 peratus siap dan ia menelan belanja RM50,000 untuk disiapkan.



Katanya lagi, galeri itu dijangka siap sepenuhnya sebelum kedatangan bulan Ramadan akan datang dan berharap agar kewujudan galeri itu dapat meneruskan legasi suaminya untuk generasi akan datang.

"Setakat ini Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... Setiap hari kami anak beranak turut membantu apa yang patut bagi memastikan projek galeri itu siap dalam tempoh ditetapkan," tuturnya.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abdul Hamid meninggal dunia pada 14 November tahun lalu selepas menderita kanser esofagus.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: