26 January 2019

"SAMPAI BILA SAYA BOLEH NYANYI" - ZAMANI TUBUHKAN SYARIKAT PENGURUSAN


Memberitahu dia menubuhkan syarikat pengurusan, ZIME production untuk mengembangkan kerjaya seninya di masa hadapan, penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 48, berkata dia tidak tahu sampai bila lagi mampu untuk meneruskan kerjaya nyanyian dalam keadaan kesihatannya yang tidak seberapa mengizinkan.





"Saya wujudkan syarikat itu bukan sebab saya nak lupa jasa orang yang tolong saya selama ini. Selama 25 tahun saya dengan abang Johan Aziz (sebagai pengurus).

"Saya rasa, apa salahnya saya cuba untuk nak kembangkan lagi kerjaya seni. Sampai bila saya boleh menyanyi dengan keadaan kesihatan saya sekarang ini.

"Mungkin kalau adanya ZIME Production ni, mudah-mudahan kalau saya tak boleh menyanyi, saya akan ambil artis lain untuk diuruskan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sekitar awal Disember tahun lalu, bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu pernah mengadakan sidang media berhubung kekeliruan mengenai pengurusnya yang sebenar.

Isu timbul apabila pengurus yang sudah bersamanya sejak awal penubuhan Slam, Johan Aziz dan pengurus baru, Aslan mengeluarkan kenyataan berbeza mengenai status penyertaan Zamani dalam program itu.

Bagaimanapun, Zamani telah mengeluarkan kenyataan menegaskan kariernya kini dikendali oleh syarikat pengurusannya sendiri.



Dalam pada itu, Zamani mengumumkan kumpulan Slam bakal mengadakan konsert pada tahun ini namun masih memikirkan lokasi dan tarikh.

"Insya-Allah konsert Slam akan ada. dalam perancangan dan perbincangan. Buat masa ini saya pun tak berani nak war-warkan.

"Kena tunggu anggota lain. Tapi semuanya dah bincang dan memang buat tahun ini cuma sekarang ini tak dapat cari tarikh dan lokasi. Harap semua peminat tunggu," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: