31 January 2019

SARI YANTI KOMEN ISU ARTIS WANITA BERTUDUNG 'ON-OFF'


Gara-gara isu pemakaian hijab yang tidak konsisten, beberapa artis wanita bertudung kini terpalit dengan kontroversi gara-gara isu pemakaian hijab yang tidak konsisten. Mereka dihentam dan menerima kritikan yang teruk dari sesetengah pihak, terutamanya netizen.





Menerusi temubual dengan HLive, pelakon Sari Yanti telah memberikan sedikit komen mengenai isu terbabit.

"Macam mana ya, kita nak nasihatkan orang pun, perkara itu agak sukar kerana kita tidak berada di situasi yang mereka alami.

"So, it's very hard for me to say something to people, for people or about people. Apa yang saya boleh katakan, bila anda dilanda masalah, saya harap anda tabah, kuat dan bersabar," kata Sari kepada HLive.

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu ini turut memberikan pesanan terhadap netizen di luar sana.

"Kepada netizen, sebarkan sikap positif dan good vibes. Insya-Allah, sebarang perkara baik yang kita berikan kepada orang, yang baik-baik juga datang kepada kita. Insya-Allah, untuk semua orang," katanya lagi.

Pelakon drama bersiri 'Kisah Kaisara' ini selamat bernikah dengan Jep dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017. Mereka menerima kehadiran bayi perempuan bernama Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.

Sebelum ini, Sari turut memiliki dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 9, dan Baasit Al Haq, 7, hasil pernikahannya yang terdahulu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: