31 January 2019

KONGSI FOTO 2009 - NOURUL DEDAH HAMPIR ALAMI KEMURUNGAN


Nyaris mengalami kemurungan kerana terlalu memikirkan masa depan dia dan anaknya, Ayu Nazirah kira-kira 10 tahun lalu, penyanyi Nourul Wahab Depp, bagaimanapun bersyukur kerana Allah sentiasa membantunya biarpun dia tidak melaksanakan solat lima waktu sepenunya.





"Nah ni gambaq lama. Tahun 2009 kalau tak silap. Tahun haru biru hahahha. Tapi Alhamdulillah Allah selalu bantu walaupun kami bukanlah yang jenih solat 5 waktu. Habaq sungguh ni..

"Tahun itu ekonomi mula menurun. Sebab kami tak reti manage finance. Muka senyum tapi dalam hati Allah saja yang tau. Kena macam2. Masa ni lagi 12 bulan kot nak jumpa Mr Depp..

"I was down. Almost depressed. Fikir masa depan, fikir sorang2, fikir @ayu_ace, dan macam2 lagi. Apa yang kami buat adalah buat perkara yang kami suka. Horseriding. Riding sampai lebam. Lebam kulit! Bukan lain hahahaha," tulisnya di laman Instagram.

Ayu yang kini berusia 21 tahun itu adalah anak sulung hasil perkahwinan pertama Nourul dengan komposer Ajai pada 1996 dan mereka bercerai pada 2007.

Klik untuk gambar besar


Menurutnya, dia bernasib baik mempunyai dua sahabat yang banyak membantu dan menerima dirinya bukan sebagai seorang selebriti.

"Mungkin anugerah Allah sedia ada, rimas dengan negative thoughts. So cari kawan yang positif. Nasib ada @idanoreason dan @suzzieah mereka lah yang banyak bantu dan selalu happy bersamaa sebab they accept me for who I am. Bukan sebagai artis," katanya.

Dalam pada itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, turut bersyukur dipertemukan dengan suaminya yang mengubah kehidupan dan memberi pengetahuan serta kebahagiaan sepenuhnya.

"Itu kisah dulu. Alhamdulillah Allah pertemukn seorang hambaNya yang bisa membimbing dan mengubah hidup 360 darjah. Beri pengetahuan dan kebahagiaan yang semaksimanya..



"Through him I have learned about a lot of things especially about this life. Bertuahnya kami.. Bersyukur sangat2. #alhamdulillah.

"Look back in to your life. How you transform. Kalau belum berubah, buatlah perubahan. Maksudnya perubahan yang lebih baik. Dari segi emosi, pemikiran, spiritual dan juga yang paling penting ekonomi.. #flashbackwednesday #throwback.

"Oh btw, gambar ini sebelum #herbalife . Bezanya kulit kami. Only you can change your life. Not others," jelasnya.

Nourul kini sedang hamil enam bulan anak ketiga hasil perkahwinan dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012. Sebelum ini, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp dan Raphael Depp.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nourul Wahab Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: