30 January 2019

"SAYA TAK STRESS" - INA NAIM DEDAH RAMAI PEREMPUAN MESEJ SUAMINYA


"Demi Allah saya tak stress. Saya bahagia walaupun orang kata kami zuhud, daripada kaya lupa diri. Suhaimi suami yang baik, kalau dia jahat sudah lama dia tinggalkan saya.





"Ramai sahaja perempuan mesej kacau-kacau dia tapi dia kuat iman," ujar Ina Naim menerusi Facebook suaminya, Suhaimi Saad yang turut meluahkan rasa geram dengan dakwaan liar netizen itu serta menjelaskan bahawa dia tidak pernah tertekan malah bahagia bergelar isteri kepada Suhaimi Saad.

Biarpun dikecam teruk kerana tidak menghantar anak ke sekolah, namun bekas anggota kumpulan nasyid In Team ini tetap dengan pendiriannya untuk memberi pendidikan kepada anak-anak dengan cara sendiri di rumah.

Susulan itu, Ina pula yang menjadi mangsa kecaman netizen yang mendakwa wanita itu terpaksa mengikut segala keputusan suami dan seperti lembu dicucuk hidung. Namun, Ina memberitahu semua keputusan yang dibuat adalah perbincangan bersama anak-anak dan dirinya.

"Suami saya akan bertanya pendapat saya dan anak-anak sebelum membuat sesuatu keputusan. Kita akan bermesyuarat dan mengundi jika ramai kata A maka itulah keputusannya.

Klik untuk gambar besar


"Saya ikut, kalau itu yang terbaik bagi dia, maka ia terbaik bagi saya juga. Sedangkan nak makna pun kami berbincang dulu," tuturnya.

Mengulas mengenai isu tidak menghantar anak ke sekolah, Ina memberitahu mereka terlebih dahulu sudah meminta pendapat daripada pelbagai pihak.

"Kami dah tanya profesor, pensyarah, ramai juga golongan mereka yang tidak menghantar anak ke sekolah. Anak mereka belajar di rumah dan sambung pengajian di Mesir," katanya.

Terdahulu, Suhaimi pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: