30 January 2019

#10YEARSCHALLENGE - 'USIKAN' RITA RUDAINI BUAT NETIZEN GELI HATI


Nampaknya pelakon Rita Rudaini tidak ketinggalan apabila menyahut cabaran peminat '#10yearshallenge' apabila memuatnaik gambar perbandingan gambar sekarang dan 10 tahun lalu menerusi laman Instagram miliknya.





Namun apa yang menarik perhatian gambar Aidil berserta kepsyen 'sinis'. Kebelakangan ini, ramai selebriti melakukan cabaran #10yearshallenge di laman Instagram masing-masing.

"Nak buat lagu mana, dah tahun 2009 tu gambar sistur masih ada suami, tak ada pula gambar sistur bujang. Nak tutup atau crop tak sampai hati sebab masih hidup. Tak apalah tak salah pun, kenangan 2009 tak boleh diubah dan dipadam.

Klik untuk gambar besar


"Jadikan sebagai satu perjalanan hidup yang penuh pengajaran dan kenangan. Amacam #10yearschallenge sistur? Banyak perubahan tak? Sama je kan. Dulu bertiga sekarang pun bertiga juga," tulisnya.

Rata-rata peminat geli hati melihat telatah Rita yang sering 'mengusik' bekas suami, Aidil Zafuan dengan kapsyen-kapsyen 'sinis'. Bagi Rita pula, tidak salah memuatnaik gambar bekas suami, apa pula kata anda?










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Media Hiburan & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: