30 January 2019

BERSALIN APRIL DEPAN - SYATILLA TAK SABAR TIMANG 'BABY GIRL'


"Ini satu lagi khabar gembira buat saya dan suami. Saya berdoa semoga segalanya dipermudahkan hingga bersalin nanti. Memandangkan anak sulung adalah lelaki, jadi selepas ini kami ada sepasang cahaya mata. Sejak disahkan hamil, saya selalu cakap dengan suami alangkah seronok jika dikurniakan anak perempuan.





"Apa pun, saya tak nak terlalu teruja. Paling penting, bayi dalam kandungan sihat dan sempurna apabila dilahirkan nanti," kata pelakon Syatilla Melvin yang terlalu teruja dan bersyukur apabila impian menimang cahaya mata perempuan pula dimakbulkan Tuhan.

Namun, Syatilla yang menantikan cahaya mata keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi iaitu pada April depan ini berharap segala proses bersalin dipermudahkan.

Bercerita mengenai kandungannya pula, Syatilla memberitahu usia kandungannya yang sudah memasuki enam bulan membuatkan beliau selalu letih. Disebabkan itu Syatilla tidak terlibat dengan sebarang pengambaran.

"Pada awal kehamilan saya sempat menjalani penggambaran drama 'Selafaz Cinta'. Itu pun sebab saya sudah persetujui lebih awal kerana belum disahkan hamil.

Klik untuk gambar besar


"Selepas semuanya selesai, saya ambil keputusan untuk berehat. Saya memang tak terbabit dalam mana-mana projek dan banyak duduk di rumah saja.

"Kalau keluar pun hanya pergi menghadiri mana-mana acara. Namun, ia bergantung pada keadaan. Dalam usia kandungan hampir enam bulan, memang cepat letih. Kalau boleh nak duduk saja," tuturnya

Sebelum disahkan hamil, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28, pernah mengalami keguguran pada Julai tahun lalu.

Untuk makluman, Syatilla dan pelakon Shaheizy Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Sheriv Samheizy yang kini berusia setahun lapan bulan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Syatilla Melvin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: