30 January 2019

SAJAT DAKWA GADUH BERMULA FB, DICABAR PEKERJA FARMASI


Usahawan kosmetik, Nur Sajat tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas rakaman pembantu peribadinya menampar seorang wanita semalam tular. Khabarnya pergaduhan itu bermula dengan komen di laman Facebook.





Menurut Sajat, pergaduhan itu berlaku selepas jurujual terbabit kerap meninggalkan komen mengutuk beliau dan mencabar untuk bertemu hingga membuatkan pembantu peribadinya, Sheryna berang lalu bertemunya di KLCC.

"Benda ni berlaku kerana perbualan di Facebook milik Sheryna. Jadi jurujual tu mengata saya dan dia bertanya ada masalah ke, lalu dia membalas anjing. Mestilah Sheryna marah. Saya tak kenal pun dia siapa”

Klik untuk gambar besar


"Saya pun tak tahu apa yang dia sakit hati sampai hari-hari kutuk saya. Itulah rakan kongsi saya marah sangat cara dia membalas komen dan jurujual itu kata kalau tak puas hati meh jumpa dia dekat KLCC.

Selain itu, Sajat yang tegas mempertahankan pembantu peribadinya berkata, jurujual itu sepatutnya tidak bersikap biadap seperti itu dan kejadian berlaku seolah buku bertembung dengan ruas.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: