15 January 2019

SELAMAT DILAHIRKAN - 'ADITHYA JABBAR', PUTERA SULUNG RODY & ISTERI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody dan isterinya, Niena Azman yang selamat melahirkan bayi lelaki mereka secara normal 9.34 malam semalam di pusat perubatan swasta.





Rody dan isterinya itu sepakat menamakan cahaya mata sulung mereka dengan nama 'Adithya Jabbar' yang bermaksud bukit yang perkasa.

"Saya bersyukur dengan kelahiran bayi lelaki comel ini dan ia anugerah cukup bermakna kerana sudah bergelar bapa. Saya dan isteri sepakat menamakan anak kami Adithya Jabbar yang bermaksud bukit yang perkasa," katanya.

Menurut Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, dia turut menemani Niena sepanjang proses kelahiran anak mereka.

Klik untuk gambar besar


"Niena dimasukkan ke wad selepas waktu Maghrib dan dua jam selepas itu dia selamat melahirkan anak kami. Alhamdulillah, isteri dan anak kami sihat dan cukup sifatnya.

"Insya-Allah, isteri dibenarkan pulang ke rumah hari ini. Niena juga akan menjalani tempoh berpantang selama tiga bulan di kediaman kami sendiri," tuturnya.

Terdahulu, berita gembira itu dikongsi Rody dan isterinya itu yang juga mendedahkan wajah bayi sulung mereka menerusi laman Instagram milik mereka hari ini.



"Alhamdulillah, 9.34 malam tadi telah selamat anakku 'boy' secara normal ke dunia. Tahniah isteriku Niena Azman, 'love you all'," tulis Rody ringkas.

Gambar tersebut merakamkan wajah Niena tersenyum sambil memerhatikan anak lelakinya yang sedang tidur dengan kapsyen: "Alhamdulillah, nothing much to say. Speechless," tulis Niena yang juga penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan anak sulung pasangan terbabit yang berkahwin pada 27 April 2018.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro, Astro Gempak & Instagram Rody Kristal & Niena Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: