15 January 2019

"TERIMA KASIH SEGELINTIR MUSLIM MALUKAN SAYA" - WANITA UKRAINE


Nama pelakon Zul Ariffin baru-baru ini sekali lagi menjadi perhatian apabila wanita Ukraine yang dikenali sebagai Tanya Glembotska memanggil Zul sebagai 'husband'.





Tentu sekali ia mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk dakwaan mengatakan aktor itu sudah berkahwin secara senyap.

Walaupun Zul sudah menafikannya, isu ini masih lagi hangat diperkatakan. Pelbagai foto dan video Tanya tersebar di media sosial dan tidak kurang juga kecaman yang dilemparkan kepadanya.

Terbaru, Tanya menerusi satu muatnaik di akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir orang Islam. 'Berterima kasih' kepada pihak yang telah memalukannya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


"Pertama sekali, terima kasih kepada segelintir Muslim kerana malukan saya. Sebagai penganut Kristian yang ingin mendekati Islam, saya terharu dengan usaha anda. Saya suka menari dan seorang penari tapi semuanya sudah berlalu.

"Saya berasal dari negara yang tidak mendiskriminasi seseorang kerana meminati sesuatu, contohnya menjadi penari. Maaflah kalau pakaian saya menjolok mata, saya orang Ukraine, beragama Kristian, bukan Melayu atau Muslim.

"Bukan ke dalam Quran kita tidak boleh menjatuhkan maruah orang? Anda memalukan imej sendiri dengan pandangan sebegitu. Saya maafkan semua, tak menilai sesiapa, semoga semuanya baik-baik saja," tulisnya.



Pada masa yang sama, beliau sempat menyindir sebuah akaun Instagram popular yang sering menyebarkan kontroversinya bersama Zul.

Mendedahkan dirinya sedang mendalami Islam, rata-rata netizen menasihati Tanya untuk mencari seorang lelaki yang betul-betul boleh membimbingnya.

Difahamkan Tanya baru sahaja meletakkan akaun Instagramnya pada mode public, dan memuat sekeping gambarnya berserta luahan kecewa terhadap pihak yang memalukannya terutama orang Islam yang memandang serong kepadanya.

Turut menarik perhatian netizen adalah tanda 'suka' daripada akaun Instagram Zul terhadap posting yang dimuatnaik oleh 'isterinya' itu. Apakah sebenarnya hubungan mereka berdua?








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Rotikaya & Instagram Tanya Glembotska


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: