31 January 2019

SUHAIMI SAAD: "INA MAK CIK KANTIN, MANA RETI AJAR ANAK" - NETIZEN BENGANG


Cadangan kerajaan untuk memenjarakan ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah hingga SPM itu nampaknya mendapat tentangan hebat daripada bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad.





Menerusi media sosial, Suhaimi telah tampil menjelaskan panjang lebar berhubung pendiriannya yang tidak menghantar anak ke sekolah.

Suhaimi memuatnaik satu kenyataan beliau tidak mempercayai dengan sistem pendidikan negara dan cadangan untuk ibu bapa dipenjara sekiranya tidak menghantar anak ke sekolah sehingga SPM.

Menurut Suhaimi, keadaan hidupnya yang miskin dan zuhud membuatkan beliau tidak berkemampuan untuk membayar denda dan akan menolak sekerasnya untuk membayarnya sekalipun jika didenda.

Jelasnya lagi, namun jika tidak membayar denda beliau akan dipenjarakan sekaligus menyukarkan usahanya untuk mengajar anak-anaknya di rumah. Dakwanya lagi isterinya pula tidak mahir Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Klik untuk gambar besar


Dengan bersahaja Suhaimi menggelarkan isterinya, Ina sebagai mak cik kantin yang tidak berpelajaran tinggi dan tidak mampu mengajar anak-anaknya di rumah jika beliau dipenjarakan.

Kenyataan tidak sensitif itu bagaimanpun menimbulkan kemarahan orang ramai. Ramai menganggap Suhaimi secara tidak langsung menghina pekerjaan mak cik kantin dan tidak menghargai isteri.

Ramai netizen yang tidak berpuas hati rasa geram dan kritik Suhaimi habis-habisan kerana sanggup berkata sebegitu yang seakan menghina isterinya yang tidak berpendidikan tinggi.

Sementara itu, Ina tampil menjelaskan bahawa tindakannya memadam dan menyekat akaun netizen di media sosial kerana tidak mahu perkara negatif berlarutan. Perkara itu diperkatakan dalam sebuah video yang dimuatnaik Suhaimi di laman Facebooknya buat tatapan umum.



"Ramai yang bertanya saya kenapa saya sekat akaun netizen dan memadam komen mereka. Saya tidak mahu bergaduh kerana komen yang ditinggalakan itu negatif, lebih baik saya memadamnya.

"Saya tak nak tambahkan dosa mereka, cukuplah dosa yang mereka dah ada. Jangan nanti bila mereka dah nazak, dah nak mati baru nak cari kami," kata Ina dalam video tersebut.

Baru-baru ini, isu mengenai Suhaimi tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah telah tular dan mendapat kritikan dari kebanyakkan netizen. Namun begitu, dia tetap bertegas dengan tindakannya dan menjelaskan sebab-sebab tertentu mengenai perkara itu.

Bukan hendak kata apa, tetapi dalam dunia ini memang wujud sesetengah manusia yang hanya ingin mengikut pemikiran mereka sahaja. Dalam isu ini, biarlah sahaja beliau begitu. Mungkin beliau rasa apa yang dilakukan sekarang adalah yang terbaik untuk mereka sekeluarga.










KLIK UNTUK TONTON VIDEO INA NAIM



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Astro Gempak & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: