Zarina Anjoulie sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa selebriti serba boleh, Ifa Raziah pernah berskandal dengan bekas kekasihnya sehingga mengajak untuk bermalam di hotel dan ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Ifa akui terkilan dengan tuduhan itu sehingga ia menjejaskan moodnya yang sedang bercuti dan menyambut tahun baru di luar negara.
Bagaimanapun, Zarina telah menghantar mesej peribadi kepada Ifa memohon maaf atas keterlanjurannya itu dan mengakui beliau terlalu bodoh untuk mempercayai percakapan orang lain.
Klik untuk gambar besar

Ifa menerusi akaun Instagramnya menerima permohonan maaf itu dengan baik dan mahu ‘move on’ daripada isu tersebut. Cuma, beliau berharap perkara ini tidak akan berulang lagi.
Baguslah kalau sudah dapat diselesaikan dengan cara baik. Beringatlah, sebelum berkata-kata atau membuat tuduhan. Pastikan perkara itu benar, jika tidak anda sendiri yang akan malu.
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________

No comments:
Post a Comment