15 January 2019

VIDEO - ASRAMA TAHFIZ MEWAH DSV DILENGKAPI PENGHAWA DINGIN 24 JAM


Datuk Seri Vida (DSV) bukan saja usahawan yang berjaya malah terkenal dengan sikapnya yang pemurah dan selalu membuat amal kebajikan. Umum mengetahui DSV sering menderma kepada pusat kebajikan, sekolah tahfiz dan pusat anak-anak yatim.





Baru-baru ini, Vida telah berkongsikan video lawatannya ke pusat pengajian tahfiz miliknya diberi nama Darul Tahfiz DS VIDA di Ipoh, Perak.

Menerusi video tersebut ayng dimuatnaik di laman Instagram, Vida memberitahu akhirnya impiannya untuk mempunyai tahfiz sendiri tercapai.

Apa yang menarik, asrama tahfiz memang serba lengkap termasuk penghawa dingin yang dipasang 24 jam dan cantik. Lebih mengagumkan, pusat tahfiz ini dibiayai sepenuhnya oleh Vida sendiri.

Klik untuk gambar besar


Melihat pada ruangan komen, ramai yang memuji Vida yang bukan saja hebat dalam perniagaan malah hebat dalam mencari kabahagiaan akhirat. Ramai yang memberikan komen berminat untuk menghantar anak mereka ke pusat tahfiz tersebut.

Ada juga mengatakan sikap seperi Vida ini patut dijadikan contoh terutama mereka yang berkemampuan untuk membantu insan yang memerlukan.

Dalam masa sama, ramai yang mendoakan agar DSV sentiasa dimurahkan untuk terus membantu anak-anak tahfiz dan golongan yang kurang berkemampuan.


















www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Instagram Datuk Seri Vida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: