09 February 2019

20 FOTO - ELVINA AKUI KEMELUT ERATKAN LAGI HUBUNGANNYA DENGAN SUAMI


"Alhamdulillah, apa yang berlaku sebelum ini saya jadikan pengajaran dan ia mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga. Saya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan membuatkan saya serta suami lebih berhati-hati selepas ini.





"Apa yang saya boleh katakan adalah kemelut yang melanda rumah tangga mengeratkan lagi hubungan kami. Saya juga tidak mahu memanjangkan isu ini lagi kerana saya sudah memaafkan individu terbabit serta suami dan berharap perkara ini tidak berulang lagi.

"Kontroversi yang melanda mematangkan saya, selain mengajar diri ini untuk tidak mudah melatah dengan apa yang terjadi. Paling utama, ia menjadikan hubungan saya dan suami semakin erat, serta lebih memahami diri masing-masing.

"Kami masih baharu dalam melayari bahtera perkahwinan, justeru banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Saya dan suami juga turut menggunakan kesempatan ini untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada anak kami, Karl Mateen," kata pelakon Datin Elvina Mohamad.

Klik untuk gambar besar


Elvina, 24, mengakui kemelut yang melanda rumah tangganya bersama suaminya yang merupakan usahawan permotoran, Datuk Haniff Borhan pada hujung Disember lalu ketika sedang berpantang itu mematangkan dirinya.

Menurut Elvina, perkara yang terjadi itu mengeratkan hubungan dan mengukuhkan lagi rumah tangga yang dibina bersama suami dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

Menurut pelakon drama bersiri 'Isteri Untuk Diiktiraf' itu, dia dan suami lebih memberi fokus kepada rumah tangga terutama anak mereka.



"Dengan adanya cahaya mata ini, kehidupan rumah tangga menjadi lebih ceria dan kami berdua kini ada tanggungjawab sebagai ibu bapa," tuturnya ketika ditemui pada majlis Aqiqah Kesyuran anaknya, Karl Mateen di The Roof Garden Hotel, Shah Alam, pada Jumaat.

Terdahulu, kecoh apabila Elvina memuatnaik foto wanita terbabit di laman Instagramnya dan mendakwa rumah tangganya kini sedang diganggu wanita lain. Kemelut berpanjangan apabila Elvina memuatnaik beberapa siri luahan hati mengenai perkara tersebut.

Untuk makluman, Elvina dan Haniff telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac lalu di sebuah hotel di ibu kota dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Karl Mateen pada 1 Disember lalu.




































www.myartis.com / Sumber & foto : Astro Gempak, Instagram Elvina Mohamad, #aqiqahkarlmateen & @ahmadfauzi974


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: