09 February 2019

EMMA MAEMBONG: "MEREKA BOLEH MAKI & KECAM SAYA, BUKAN KELUARGA"


"Mereka (rakan artis) tidak menyokong tindakan saya membuka tudung, tetapi sentiasa ada di belakang saya. Antaranya Norman Hakim, Datuk Afdlin Shauki, Mimi Ernida dan Heliza Helmi.





"Heliza, contohnya, memang beriya-iya nak jumpa saya. Walaupun saya cakap tak sempat, dia tetap berusaha untuk bertemu, sekalipun pada lewat pagi. Akhirnya kami berjumpa juga, baru-baru ini, dan berborak agak panjang.

"Usaha Heliza berjumpa saya amat dihargai. Dia juga ada berkata, jika saya nak ikut ke majlis agama atau ceramah, dia akan ajak sekali.

"Malah, di laman Instagram juga, ramai teman artis yang berkongsi kasih dan sayang bersama saya," kata pelakon Emma Maembong yang tidak menyangka ramai teman artis yang tampil memberikan sokongan moral serta nasihat kepadanya ketika perlu berdepan kecaman dan kritikan hebat netizen.

Klik untuk gambar besar


Jelas pelakon berdarah kacukan itu, sebahagian daripada selebriti berkenaan pula, tidak pernah pun bekerjasama dengannya di pentas seni.

Rabu lalu, pelakon 'Kimchi Untuk Awak' ini mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan hangat penggemar seni hiburan apabila mengumumkan dirinya tidak lagi mengenakan hijab selepas kira-kira lima tahun tampil dengan imej bertudung.

Sehingga kini, Emma, yang akan genap usia 27 tahun pada 27 Mac depan, terus bersikap terbuka menerima pelbagai komen peminat di laman sosial, asalkan tidak membabitkan anggota keluarga dan kerjanya.

"Memang saya tak tutup ruangan komen, malah bersedia terima apa sahaja kata-kata netizen. Saya tidak pernah lari daripada kesilapan ini. Memang tindakan membuka tudung itu salah dan tidak patut dicontohi.



"Cuma untuk gambar tertentu yang memaparkan sekali keluarga atau urusan kerja, saya memilih untuk menutup ruangan berkenaan. Mereka boleh kecam dan memaki saya, bukan keluarga. Mereka tidak bersalah,” katanya.

Saat dirinya bersedia menerima kritikan pedas, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, mendakwa tetap ralat apabila kata-kata kasar keluar daripada mulut mereka yang dilihat budiman mahupun bertudung litup.

"Ada yang cakap tempat saya di neraka dan macam-macam lagi. Bab dosa biarlah antara saya dengan Tuhan. Dosa saya dengan netizen pula, andai kata diri ini tidak maafkan mereka, bagaimana jadinya?

"Mungkin mereka boleh menegur secara berhemah, tetapi sebahagiannya memilih untuk menulis kata-kata kesat. Saya menganggapnya seperti buli siber," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: