09 February 2019

"HATI EMMA SANGAT BAIK" - HELIZA HARAP TERUS DOA & JAGA TUTUR KATA


"Hati (Emma) sangat baik. Nak jadi baik. Kita pun nak jadi baik. Maka kita semua kena doa, sebut dan komen yang baik-baik. Mudah mudahan perkara yang baik juga kita akan dapat. Semoga kita tidak menjadi sebab untuk orang lain menjauhi Allah.





"Kadang-kadang tanpa kita fikir, lisan (percakapan) yang keluar dari mulut kita akan menyebabkan seorang hamba yang sedang berjuang untuk terus istiqamah ke jalan Allah, sampai di pertengahan jalan tewas dan menyerah jatuh ke lembah jahiliah. Benda ini yang paling saya takuti dan semoga kita dijauhi.

"Pandulah kami di atas setiap perkara dilakukan, termasuk perbuatan, kata-kata, penulisan dan akhlak. Ya Allah, mereka yang sedang memberi komen ini menyayangi antara satu sama lain, maka jadikan kita semua penyebab orang lain makin dekat dengan-Mu, bukan makin menjauh," demikian kongsi Heliza Helmi menerusi InstaStory miliknya.

Klik untuk gambar besar


Dalam entri terbaru itu, Heliza ada memuatnaik fotonya bersama Emma berserta kapsyen mengatakan pelakon berdarah kacukan itu sebenarnya mempunyai hati yang sangat baik. Heliza turut berharap agar netizen terus mendoakan serta menjaga tutur kata dan memberikan komen yang baik-baik.

Terdahulu, pelakon Emma Maembong mengejutkan peminat apabila membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung pada 6 Februari lalu selepas lima tahun berhijab.

Emma baru-baru ini telah bertemu empat mata dengan Heliza untuk meminta kata-kata nasihat selepas dirinya dihentam teruk susulan keputusannya itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Heliza Helmi & Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: