17 February 2019

32 FOTO - SEKITAR MAJLIS AKIKAH & BIRTHDAY ANAK-ANAK FIZZ & ALMY


Semalam, pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia telah mengadakan majlis akikah buat anak ketiganya yang dilahirkan pada 15 Disember 2018, Nur Afina Ayra.





Selain majlis akikah, turut diadakan sekali ialah majlis sambutan hari lahir anak sulungnya, Nur Afrina Arianna yang ke-4.

Sekitar majlis-majlis tersebut telah dikongsikan Almy menerusi laman Instagram miliknya. Majlis serba indah yang memilih tema warna kuning lembut itu telah diadakan di kampung Fizz di Raub, Pahang.

Klik untuk gambar besar


Melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini mendoakan yang terbaik buat mereka seisi keluarga.

Untuk makluman, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 4; Nur Afirna Aurora, 3 dan Nur Afrina Ayra serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 10.






























































www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hibura & Instagram Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: