28 February 2019

7 TAHUN MENANTI - DANNY X-FACTOR & ISTERI KINI TIMANG ANAK SULUNG


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan penyanyi Danny X-Factor dan isterinya, Zaidatul Norfazlin yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka tepat jam 11.15 pagi tadi.





Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 38, menerusi laman Instagramnya yang memaklumkan isterinya itu selamat melahirkan bayi lelaki selepas tujuh tahun mereka berumah tangga.

"Alhamdulilah Syukur Diatas kurniaanmu Ya Allah SWT... Terima kasih kepada yang mendoakan keatas isteri dan anak lelaki pertama kami tepat Jam 1115am, 28022019 Khamis.. lahirnya Putera kami.

Klik untuk gambar besar


"Yeayy now my new tittle Papa Dada ayah daddy pokmu .. Terima kasih .. Atuknya tengah Azan," tulisnya yang menerima ucapan tahniah daripada pengikut-pengikutnya di IG.

Sebelum ini, Danny berkongsi kegembiraan tentang kehamilan isterinya selepas tujuh tahun berkahwin. Danny berkata dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan zuriat.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram Danny X-Factor


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: