28 February 2019

ISU ALIFF AZIZ & OKTOVIA MANROSE - INI KOMEN ADIKNYA, APRENA MANROSE


"Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya Aprena Manrose juga berdepan rasa serba salah diantara kemelut yang membabitkan kakak, Oktovia Manrose dan kawan baik Bella Astillah. Bagaimanapun saya sejujurnya tidak berhak mencampuri urusan ini. Tambahan pula, kedua-duanya sangat rapat dengan saya.





"Cuma yang salah tetap salah. Tak wujud istilah saya mempertahankan kakak. Malah dia sendiri sudah memohon maaf atas kelanjuran. Saya sendiri sebagai wanita dan isteri memehami getaran hati Bella saat ditimpa musibah ini.

"Cuma pada akhirnya saya harap mereka berdua dapat memilih jalan damai dan bersemuka depan mata tanpa perlu berbalas pendirian di laman sosial. Saya harap akan ada penamat yang baik antara mereka. Saya sayangkan mereka sangat.

"Untuk Aliff sendiri yang saya turut akrab ambillah tanggungjawab ini untuk berdepan secara budiman meleraikan segala-gala kekusutan Buat netizen terima kasih kerana terlalu prihatin tapi jangan terus pantas menjadi wira papan kekunci.

"Belajarlah juga untuk tidak terus menghukum. Kita semua manusia biasa," demikian tulis pelakon Aprena Manrose yang mengakui serba salah terhadap isu yang melibatkan kakaknya, Oktovia Manrose bersama penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Klik untuk gambar besar


Menerusi entri di Instagram Stories, Aprena menjelaskan dia tidak berhak untuk masuk campur urusan mereka sebaliknya berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik.

Aprena turut berkata, Aliff perlu bertanggungjawab dan mengambil peranan penting dalam meleraikan permasalahan itu. Aprena juga tidak bersetuju dengan tindakan Bella memuatnaik paparan skrin perbualan dengan sumber yang dipercayai mempunyai bukti Aliff dan Oktovia berseronok di kelab malam.

Semalam, Bella mendedahkan sikap suaminya yang didakwa menjalin cinta lokasi dengan Oktovia ketika menjalani penggambaran telefilem. Bella mendakwa mempunyai bukti Oktovia dan Aliff berhibur di sebuah pusat hiburan selain berkongsi paparan perbualan WhatsApp dengan sumber mengenai hal terbabit.

Enggan panjang isu, Oktovia menerusi Instagram Stories, tampil mengaku salah dan memohon maaf atas kesalahannya serta mengharapkan Bella dan Aliff dapat menyelesaikannya secara baik.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: