28 February 2019

MESEJ 'NAKAL' TANYA SAIZ BRA - WANITA DEDAH IA MILIK SYAZWAN ZULKIFLY?


Pelakon Syazwan Zulkifly menerusi drama 'Pujaan Hati Kanda' sebagai Pali itu ternyata mendapat pujian ramai dan baru-baru ini ada cerita tak sedap didengar apabila seorang wanita mendedahkan screenshot perbualan mesej 'nakal' di laman Instagram yang didakwa daripada pelakon lelaki berkenaan.





Melihat pada perbualan yang dikongsikan itu, lelaki didakwa pelakon tersebut bertanyakan soalan yang agak kurang sopan kepada wanita berkenaan.

Pendedahan tersebut ternyata mengejutkan peminatnya yang meluahkan rasa kecewa dan tidak menyangka mesej itu datang dari pelakon berbakat itu.

Wanita itu memuatnaik foto mesej perbualan dimana yang didakwa pelakon itu tanpa rasa segan bertanya hal sensitif berkaitan saiz baju dalam yang dipakai dan secara tidak langsung mahu menggambarkan bentuk aset wanita berkenaan.

Pendedahan mesej agak tidak senonoh itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang tidak sangka Syazwan bersikap sebegitu dan ada pula menyifatkan wanita itu sengaja mencetuskan publisiti murahan untuk meraih perhatian ramai.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, perkongsian wanita tersebut mendapat perhatian wanita lain yang turut mendedahkan bahawa mereka juga pernah menerima mesej peribadi daripada pelakon berkenaan.

Bagaimanapun ada segelintir berpendapat mungkin akaun Instagram Syazwan telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Malah susulan isu tersebut, ada netizen membuka kembali kisah lama pelakon itu dimana dia mengasari bekas teman wanita sehingga mengalami kecederaan.

Sejauh mana kebenaran disebalik dakwaan ini tidaklah kami ketahui. Harapnya nanti ada penjelasan lanjut daripada Syazwan sendiri.








www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: