12 February 2019

"ABAH ADE MASA NI" - JELAS ELLY MAZLEIN BILA 'CINTA HATI' DI KEDIAMANNYA


Penyanyi dan elakon Elly Mazlein sejak beberapa bulan lalu sudah mula memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki apabila memuatnaik foto bersama seorang lelaki.





Namun sehingga kini, Elly tidak mendedahkan wajah sebenar lelaki tersebut dan kebanyakan gambar yang diambil adalah dari belakang.

Terbaharu, Elly atau lebih mesra disapa sebagai Lina Pom Pom itu memuatnaik sekeping foto di akaun Instagram (IG) yang menunjukkan 'cinta hatinya' itu berada di kediamannya.

Demi untuk tidak mendatangkan fitnah, Elly terlebih dahulu menjelaskan bapanya turut berada di rumah ketika kekasihnya datang.

Klik untuk gambar besar


"Bahagiaku…Kalau ada yg bertanya la ye.. Ya ,Abah ade d rumah masa ni.. abis je keja td, kak pommm trus memasak, bertukang d Dapo utk jamu 2 hero kakak lina ni mamam," tulisnya.

Menerusi foto tersebut kelihatan lelaki tersebut sedang bersembahyang ditemani anaknya Sephia disisinya. Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Elly dan pasangan segera mendirikan rumah tangga.

Untuk info, Elly yang popular dengan lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014. Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Elly Malzein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: