19 February 2019

ALONG CHAM AKUI SEDANG KENALI HATI BUDI, ANAK SELESA DENGANNYA


Sebelum ini pernah melalui episod duka apabila rumah tangga dibinanya runtuh dengan perceraian, pelawak dan pelakon komedi, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 36, telah berkongsi berita dimana dirinya sekarang dalam proses mengenal hati budi seseorang.





"Selama tiga tahun menduda, saya tidak pernah menutup pintu hati untuk mencari pengganti. Cuma, biarlah masa yang menentukan. Apa yang berlaku dulu, banyak mengajar saya untuk muhasabah diri memperbaiki kealpaan kerana terleka mengejar dunia.

"Kini, apabila sudah kembali ke landasan sebenarnya dan tidak lupa fitrah hidup sebagai seorang manusia, jiwa saya sangat tenang. Tak dinafikan, saya memang ada rapat dengan seseorang.

"Dia wanita berkerjaya yang tidak terbabit dalam industri seni. Orangnya sedap mata memandang dan anak tunggal saya, Ahmad Danial, 8, pun selesa dengannya. Jadi, itu yang harus diutamakan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Enggan berbicara dengan teliti 'keperibadian' wanita yang dirapati itu, Along berkata, masih terlalu awal untuk dia menguar-uarkannya.

"Cukuplah, saya kongsi sedikit saja mengenai dirinya. Lagi pun, kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Tidak elok dan kurang manis untuk saya bercerita dengan teliti kerana soal jodoh adalah ketentuan Allah SWT," ujarnya.

Along yang pernah dikenali sebagai Bobby dalam filem 'Adnan Sempit' itu pernah mendirikan rumah tangga dengan bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Zaeron, mereka bercerai pada 29 Ogos 2016 selepas lima tahun hidup bersama.



Malah, dengan perceraian berlaku Along juga mendapat hak penjagaan kekal anak mereka dan Zila pula diberi hak lawatan.

Apa pun, kembali aktif dalam karier seni, Along mengakui teruja muncul dengan filem terbaru lakonannya yang diarahkan Mawi pada 4 April nanti.

Filem berkisar Islamik komedi itu menggandingkan Along bersama dua lagi rakan baiknya sebagai teraju utama iaitu Hazama dan Joey Daud.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Along Cham


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: