12 February 2019

ANAK BAKAL BERGELAR KAKAK SELEPAS 16 TAHUN - ANGAH TERUJA


Mengakui isterinya, Amira Asyura Abd Razak, bakal bersalin pada bila-bila masa, penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak memberitahu dirinya berdebar dan pada masa sama teruja.





Beliau menerusi laman Instagram berkongsi beberapa koleksi foto menerusi ruangan InstaStory miliknya baru-baru ini.

Salah satunya adalah foto yang menunjukkan bahagian kaki isterinya yang bengkak. Angah juga menyatakan dia sudah bersedia untuk menyambut ketibaan orang baru selepas 16 tahun.

"Orang kata kalau dah nak dekat bersalin, kaki bengkak macam ni, betul ke?. InshaAllah, soon tukar tittle father of two, wow amazing.

"After 16 years kakak dapat adik, syukur... Alhamdulillah, rezeki dan perjalanan yang Allah SWT susun itu memang banyak yang indah dan berkhidmah," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Angah juga turut memuatnaik entri terbaru di akaun Instagram dan menyatakan rasa tidak sabar untuk bertemu anaknya.

"Anytime! Any soon! Insyallah semoga allah swt permudahkan... Counting for Angah Junior!" coretnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah pada Angah dan berdoa agar urusan bersalin isterinya dipermudahkan.

Terdahulu, Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016. Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram @angah_lawaking


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: