12 February 2019

JIKA DAPAT DUA PUTERI - ALIFF SYUKRI HADIAHKAN ISTERI RM5 JUTA


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sehinggal kini iaitu sejak menjengah tahun 2019 itu nampaknya dilihat bebas daripada sebarang kontroversi panas. Jika anda mengikuti akaun Instagram Aliff, beliau kini sibuk dengan perniagaannya dan banyak berkongsikan gambar bersama keluarga.





Umum mengetahui, Aliff sememangnya seorang yang sangat pentingkan keluarga dan seorang bapa penyayang. Meskipun sudah mempunyai empat cahaya mata dan seorang anak angkat, Aliff memberitahu beliau akan menghadiahkan wang tunai RM5 juta kepada isterinya jika melahirkan dua lagi cahaya mata perempuan.

Perkara itu dikongsikan oleh ibunya sendiri, pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim menerusi akaun Instagramnya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi video yang dikongsikan, Rozita secara berseloroh mengharapkan cucu lagi daripada Aliff Syukri dan Nur Shahida.

Beruntung badan dapat suami seperti Aliff Syukri. Mungkin Aliff Syukri sekadar bergurau, tetapi jika benar pun tiada salahnya untuk memberi penghargaan kepada isteri yang bersusah payah mengandung dan melahirkan zuriat.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Forum Cari, Instagram Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: