12 February 2019

FOTO ATAS KATIL: "GIGIH EDIT, TAK KISAH PAHALA DAPAT DEKAT SAYA" - EMMA


Kontroversi mengenai pelakon Emma Maembong membuka tudung nampaknya masih lagi menjadi bualan ramai meskipun sudah seminggu berlalu. Dek kerana itu, tidak kurang, ada pihak tidak bertanggungjawab bertindak mengambil kesempatan diatas kontroversi tersebut.





Sejak semalam tular di media sosial gambar wanita mirip Emma berpakaian seksi di dalam sebuah bilik. Menerusi Instagram @sisturz_stalker, ada pihak menghantar gambar itu namun tidak dapat dipastikan kesahihan gambar tersebut kerana ia mungkin gambar palsu menggunakan teknik 'superimpose'.

Berhubung isu tersebut, menerusi InstaStory Emma menafikan wanita di dalam foto tersebut adalah dirinya. Katanya lagi, jelas sekali gambar tersebut telah diedit dan dia juga tidak faham mengapa ada pihak di luar sana yang gigih mahu memburukkan namanya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, pelakon berdarah kacukan itu enggan terus ambil pusing mengenai isu tersebut dan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Apapun, jelas sekali gambar tersebut adalah palsu dan apa yang pasti pihak tidak bertanggungjawab itu sememangnya mempunyai niat untuk mencalarkan imej Emma.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: