12 February 2019
APRIL TAHUN INI - SYAFIE NASWIP & AISHAH AZMAN BAKAL BERTUNANG
Akhirnya pelakon Syafie Naswip, 27, memulakan fasa seterusnya dalam percintaan dengan meminang aktres Aishah Azman, 23, selepas tiga tahun mengenali hati budi.
Tidak ada gossip panas mahupun cerita buruk, percintaan mereka berdua sememangnya mendapat restu kedua-dua belah keluarga.
"Sejak setahun yang lalu kami semakin rapat apabila berlakon bersama dalam drama rantaian 'Waliuddin 2 Ringgit'. Yang penting, keluarga merestui hubungan kami. Itu yang penting.
"Kami merancang untuk mengikat tali pertunangan pada bulan April ini, tapi tarikhnya biarlah saya simpan dulu," demikian penjelasan pelakon yang popular dengan filem 'Mukhsin' itu.
Klik untuk gambar besar
Menurut Syafie lagi, apabila semuanya sudah diatur dengan baik, dia akan mengumumkan tarikh pertunangannya nanti. Ditanya lama mana tempoh pertunangan dan bila pula mereka bakal bernikah, Syafie tersenyum.
"Biarlah satu-satu dahulu, tapi tempoh pertunangan saya rasa tidaklah terlalu lama. Saya tak akan merahsiakan perkara yang baik kerana kami ke arah 'membina masjid'," ungkap Syafie yang berharap peminat-peminat akan mendoakan kebahagiaan beliau dan Aishah.
Untuk info, Syafie dan Aishah mula berkenalan dalam laman sosial Instagram pada 2015. Aishah yang popular dengan drama 'Mencintaimu Mr. Photographer' itu merupakan adik kepada pelakon Afiq Muiz.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Kosmo
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment