12 February 2019

NABILA HUDA: "TAK SANGGUP..... RAKAN DITINDAS, DICACI..... NERAKA TEMPAT KAMI"


"Korang dengan falsafah korang boleh pergi mampus! Kami pun manusia juga. Kami buat salah, kami buat perkara jahat, kami menyesal. Kami juga jatuh cinta dan lakukan banyak perkara untuk memastikan kami sentias gembira.





"Kami ada keluarga. Kami juga ada agama. Kami cuma manusia. Cuma bezanya adalah kami dikenali. Tapi itu tak bermaksud kami perlu jadi sempurna untuk anda.

"Please la stop minta maaf secara terbuka. What for? Kenapa nak minta maaf kepada satu Malaysia? We're human being. Kita memang akan buat salah. Bila kita minta maaf ikhlas, deorang cakap wehh senang la artis, salah je minta maaf.

"Apa pun minta maaf, settle," demikian tulis pelakon Nabila Huda menerusi laman Instagram baru-baru ini yang meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap segelintir netizen di media sosial yang bertindak mengecam artis di media sosial.

Klik untuk gambar besar


Dalam entri tersebut, Nabila berkata, artis juga manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan cuma apa yang berbeza adalah mereka dikenali ramai.

Dalam pada itu, Nabila turut meminta rakan selebriti lain untuk berhenti membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tiada orang akan hargai.

Ujarnya lagi, dia tidak sanggup lagi melihat rakan artis lain ditindas dan dicaci oleh netizen. Lebih teruk apabila artis sering dilabel jahat dan bawa pengaruh buruk tanpa melihat sisi baik mereka.



Nabila turut meluahkan rasa bengang apabila netizen sekarang hanya ingin tahu tentang 'cerita sampah' mereka dan tidak peduli tentang perkembangan dalam karier mereka sebagai anak seni.

"Saya tak sanggup untuk baca dan tengok rakan di dalam industri ditindas, dicaci di khalayak ramai, jahat, bawa pengaruh buruk, neraka tempat kami. Saya rasa ini sudah terlalu melampau.

"Tidak ada langsung kebaikan daripada kami yang bergelar retis ini. Macam mana mereka boleh berkata yang buruk-buruk tentang kami. Adakah peminat tahu bagaimana susahnya kami dalam melakukan pekerjaan?" katanya.

Apapun, netizen janganlah asyik mengecam sahaja. Artis juga manusia biasa sama yang tidak terlepas melakukan kesilapan. Adalah lebih baik jika kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: