23 February 2019

AR BADUL BEREHAT DI KAMPUNG - DJ DAVE SELAR PIHAK SEBAR BERITA PALSU


"Satu sikap yang tidak baik apabila ada pihak yang sebarkan berita palsu berkaitan kematian AR Badul. Baru sebentar tadi saya sendiri bercakap dengannya. Beliau sudah keluar hospital dan keadaannya semakin baik.





"Sekarang beliau sedang berehat di kampung, di Pahang, selepas beberapa hari keluar dari Institut Jantung Negara (IJN)," kata pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave yang menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita berkaitan kematian pelakon dan pengarah, AR Badul.

Menurut Dave, beliau sendiri mendapat banyak panggilan telefon dan mesej bertanyakan hal berkenaan, hari ini. Berharap agar cerita tidak elok sebegitu dihentikan segera, menurut Dave, berita kematian sesiapa sahaja perlu disahkan oleh anggota keluarga.

"Jika berita tidak sahih, janganlah kita tulis di media sosial mahupun bercerita kepada pihak lain. Cerita tidak betul seperti ini akan menimbulkan panik kepada orang lain dan menyebabkan perasaan artis itu sendiri tercalar," kata Dave yang turut melawat artis veteran terbabit di IJN, Isnin lalu.

AR Badul menjalani pembedahan angiogram di IJN, Ahad lalu, dan dijangka sekali lagi menjalani pembedahan kedua pada awal Mac depan.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: