18 February 2019

BAWA IBU BAPA UMRAH - NABILA RAZALI BERSYUKUR NAZAR TERLAKSANA


Meluahkan rasa syukur dapat melaksanakan nazarnya untuk membawa ibu bapanya menunaikan ibadah umrah, penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 27, berkata dia menunaikan nazar itu selepas dapat memegang watak utama dalam drama 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati' pada tahun 2017.





"Saya pernah bernazar kalau dipilih terlibat dalam drama itu saya nak bawa mak dan ayah ke Tanah Suci. Alhamdulillah, selepas itu jadual pula tidak mengizinkan kerana terlalu sibuk. Sudah masuk dua tahun dan rasa rasa tidak boleh tangguhkan lagi," ujarnya.

Nabila berangkat menunaikan ibadah umrah bersama bapanya, Mohd Razali Mura dan ibunya, Shamsidah Abd Rahman selama dua minggu pada 5 hingga 16 Februari lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Vroom Vroom' ini berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sepanjang berada di Tanah Suci. Lebih menggembirakan apabila dapat membawa kedua-dua ibu bapanya menggunakan hasil titik peluh sendiri.

Klik untuk gambar besar


"Syukur Alhamdulillah, ibadah dan semua urusan kami dipermudahkan sepanjang dua minggu di, sana saya berasa sangat tenang. Perasaan gembira, sebak dan macam-macam lagi. Ia susah untuk digambarkan terutama bila tngok muka mak dan ayah," tuturnya.

Ditanya tentang doa yang dipintanya, Nabila berkongsi, dia memohon agar dimurahkan rezeki untuk menunaikan ibadah haji. Dia juga berdoa agar kerjaya seninya berjalan lancar.

"Doa saya supaya dimurahkan rezeki untuk keluarga kami, kesihatan yang baik dan semoga dipanggil untuk menunaikan ibadah haji pula satu hari nanti. Saya juga berdoa dapat membawa kakak dan abang sekali menunaikan ibadh ini," katanya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nabila Razali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: