17 February 2019

PEMBANTU RUMAH PELUK ISLAM - 'SITI MARYAM', NAMA DIBERI REBECCA


Menerusi laman Instagram, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam telah berkongsi berita gembira dimana pada tanggal 1 Februari lalu pembantu rumah telah memeluk Islam.





Menurut Rebecca, pembantu rumahnya itu bernama Merry itu berasal daripada Filipina dan sebelum ini beragama Kristian.

"Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT semuanya berjalan lancar. Semoga baby yang baru lahir ini 'Siti Maryam' saya beri nama baru untuknya mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat," tutur Rebecca di IGnya.

Menurut Rebecca lagi, Insya-Allah selagi pembantu rumahnya bersama dengannya, dia akan turut membantu mengajar apa yang mampu. Selain itu, Rebecca juga berkongsi video Siti Maryam sedang mengambil wuduk.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, Insya-Allah perlahan-lahan belajar. Yang penting hatinya terbuka sendiri dan ikhlas. Allah SWT mengetahui," tulisnya lagi.

Rebecca juga turut berkongsi video Siti Maryam memakai telekung untuk bersolat buat kali pertamanya. Apapun, semoga Rebecca dapat membantu Siti Maryam terus istiqomah dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.

Untuk makluman, Rebecca telah berkahwin dengan Datuk Nur Azam Datuk Sulaiman pada 2011. Pasangan ini mempunyai lapan orang anak.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rebecca Nur Al Islam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: