17 February 2019

MV TERBARU DRAMA BAND - HANEE, ERNISHA, HAQIEM TAK PUAS HATI


Kumpulan Drama Band telah melancarkan video muzik lagu baru mereka berjudul 'Drama' yang dilancarkan sejak Jumaat lalu. Bagaimanapun muzik video terbabit telah mengundang kecaman dan rasa tidak puas hati.





Meskipun sudah ada pernyataan di awal video bahawa ia hanya rekaan dan tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, namun ramai mendakwa kumpulan Drama Band telah menghasilkan parodi insiden minum arak di kelab malam oleh pemenang Dewi Remaja (yang gelarannya ditaru balik) baru-baru ini.

Bukan itu saja, video klip tersebut didakwa netizen telah memparodi beberapa artis lain yang membuat gimik untuk memperkenalkan lagu, antaranya Haqiem Rusli dan Nabila Razali. Seorang pengguna YouTube berkata agak mudah untuk mengesan parodi dalam video klip tersebut

Vokalis kumpulan terbabit, Aepul Roza menegaskan paparan jalan cerita pada video muzik lagu baru mereka itu hanyalah rekaan dan tidak ada kaitan dengan mana-mana individu.

Klik untuk gambar besar


Sejak dilancarkan pada Jumaat lalu, warganet mulai 'menyerang' Instagram penyanyi itu dengan kata-kata yang kurang menyenangkan. Ramai yang menuduh Aepul mempersendakan individu terbabit dan sengaja menggunakan isu berkenaan bagi meraih populariti.

Katanya, lirik mengisahkan satu subjek yang rela ditipu atau dipermainkan oleh subjek lain dan itu mesej yang cuba disampaikan.

"Mereka yang melihat secara positif akan memahami dengan jelas apa ingin kami sampaikan. Bukan popular yang kami kejar. Kami cuma ingin sampaikan mesej menerusi lagu.



"Jalan cerita ini adalah rekaan dan mungkin berkait rapat dengan apa yang mereka sangkakan. Kami tinggalkan sangkaan itu pada mereka sendiri untuk putuskan. Bukan kami yang tentukan.

"Kami cuma 'hidangkan' bahan asas untuk mereka memasak, mereka yang tentukan masakan apa yang terhasil. Bukan sengaja membuka luka, cuma sedikit cerita yang mewakili kisah lagu kami," katanya.

Video muzik itu tidak hanya menarik perhatian umum tetapi juga mendapat respon daripada Haneesya Hanee, Erniesha serta penyanyi Haqiem Rusli yang memuatnaik rasa tidak puas hati mereka di media sosial.



Sementara itu, Haneesya Hanee menyatakan perkara itu membuatkannya tertekan manakala Erniesha dan Haqiem mengatakan ia jelas menunjukkan satu bentuk buli siber. Malah ibu Hanee juga dikatakan meninggalkan komen tidak berpuas hati buat Drama Band mengatakan kumpulan itu 'batak isu'.

Disebabkan perkara itu, warganet tidak hanya 'menyerang' Aepul, malah isterinya, Leez Rosli turut menerima tempias sama.

Katanya, berbalik pada 'disclaimer' pada awal video muzik itu, ia hanya rekaan dan mereka juga tidak menyebut mana-mana nama atau jenama.

"Pada saya, buli siber adalah bentuk buli secara terus dan berniat menyakiti sedangkan kami tiada niat begitu. Isteri turut terkena tempias sama. Tidak adil mengaitkan isteri saya dan menyakitinya sehingga ada yang mendoakan yang tidak baik pada anak kami. Harap anda berhenti.



"Inilah sebenarnya yang dikatakan buli siber. Menyakiti secara terus dan tepat, walaupun menggunakan akaun palsu," ujarnya.

Menurutnya, Drama Band menerima apa saja pandangan umum kerana mereka berhak berbuat sedemikian. Aepul mengandaikan warganet hanya melihat dari mata negatif dan dia mendoakan supaya mereka dapat memahami mesej sebenar yang ingin mereka sampaikan.

Terdahulu, berdasarkan video muzik berkenaan, babak perempuan menang pertandingan lalu berparti di kelab malam dan seterusnya memulangkan tiara kemenangan disamakan dengan Haneesya manakala paparan seorang lelaki berkaca mata hitam mencari cara memalsukan kemurungan di Google pula dikaitkan dengan Haqiem.

Pada babak lain dipertontonkan seorang wanita bertudung yang kemudiannya menanggalkan hijabnya dan membuka zip jaket memperlihatkan pakaian dalam itu pula disamakan dengan Erniesha.







ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber & foto: Alan Al Padat, Beautifulnara, Harian Metro & Instagram Drama Band


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: