17 February 2019

TAMPIL MOHON MAAF - INDIVIDU FITNAH MISHA OMAR AKUI TERLALU IKUT EMOSI


"Saya sudah membuat kenyataan maaf secara terbuka di laman sosial atas kenyataan berunsur fitnah itu sehari sebelum sidang media yang dilakukan Misha Omar. Saya akui kesalahan itu dan menyesal dengan apa yang berlaku.





"Saya sudah menghubungi peguam Misha untuk permohonan maaf dan berjumpa dengannya secara peribadi. Sejujurnya saya berasa takut dan fikir macam-macam bila tahu kes menjadi besar.

"Saya fikir mana nak cari duit dan duduk di penjara jika didapati bersalah," demikian kata seorang individu yang dikenali sebagai Zahar, tampil membuat permohonan maaf sacara terbuka kepada penyanyi Misha Omar berhubung dengan kes fitnah menggunakan sihir ketika pertandingan AJL33 tempoh hari.

Akui lelaki berusia 27 tahun itu, dia memuatnaik status di Twitter gara-gara terlalu mengikut emosi apabila penyanyi kegemarannya tidak memenangi sebarang kategori dalam anugerah yang dipertandingkan itu.

Klik untuk gambar besar

Dalam masa sama, individu yang juga peminat Siti Sarah itu memohon agar kesilapan yang dilakukannya itu tidak dikaitkan sama sekali dengan penyanyi itu. Bagaimanapun Zahar memberitahu video dan kenyataan itu sudah dipadam.

"Jauh di sudut hati, saya ingin memohon maaf kepada Misha atas kekhilafan saya. Memang salah saya bertindak mengikut perasaan ketika itu.

"Apatah lagi status terbabit dibuat gara-gara membaca status orang lain yang menyatakan, kononnya Misha menggunakan sihir untuk menang," tuturnya.



Sementara itu, lelaki terbabit mendakwa sedang berusaha untuk bersemuka dengan Misha bagi membuat permohonan maaf.

"Insya-Allah, saya akan bersemuka dengan Misha dalam masa terdekat. Apa yang berlaku adalah satu pengajaran yang sangat besar buat saya," ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Misha pada sebuah sidang media memberi peringatan kepada beberapa individu yang menuduhnya menggunakan sihir untuk bersemuka dengannya dalam tempoh tujuh hari atau berdepan dengan tindakan undang-undang.



Kata penyanyi 'Sampai Bila' itu, penyebaran status di laman Twitter yang mengaitkannya dengan perbuatan khurafat mencalarkan reputasi dirinya dan kerja keras sepanjang 17 tahun dalam bidang seni suara.

Sidang media itu turut disertai dua peguamnya daripada firma Amelda Fuad Abi & Aidil, iaitu Abi Mursyidin Awal dan Ahmad Fuad Hasim.

Misha berkata, komen keterlaluan itu sengaja dicetuskan pihak tertentu susulan kejayaannya pada malam kemuncak AJL 33 yang berlangsung 3 Februari lalu.

Dalam pada itu, Misha memaklumkan dia sudah membuat dua laporan polis, masing-masing di Balai Polis Kota Damansara dan Balai Polis Salak Selatan.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: