08 February 2019

BERPELUANG SOLAT DI RAUDHAH - ELFIRA LOY KONGSI PENGALAMANNYA


"Lain orang lain rezekinya. Kebetulan El pakai serba hitam, jadi El pun cuba saja masuk pintu 29, pintu untuk untuk orang Arab, Alhamdulliah lepas. Lepas dah masuk akan ada satu ruang (masih karpet merah) sebelum dia dia buka penghadang putih untuk kita ke Raudhah.





"Jadi boleh solat sunat tahiyatul masjid dulu dan tunggu. Lepas tunggu tak sampai lima minit penghadang dibuka dan ketika itu semua akan berlari anak.

"Tapi tak payah pun sebab akan ada lagi frasa kedua menunggu," kata pelakon Elfira Loy, 25, yang bersyukur dapat melepasi pintu yang sepatutnya untuk orang Arab disebabkan kebetulan memakai serba hitam ketika itu.

Selepas dipalit kontroversi perkongsian mesejnya dari Makkah buat Sufian Suhaimi Ahad lalu, Elfira bercerita pula pengalamanya berpeluang menunaikan solat dan berdoa di Raudhah atau taman-taman Syurga di Masjid Nabawi, Madinah.

Menurutnya, dia sempat menunaikan solat sunat sementara menunggu di ruang karpet merah sebelum penghadang putih untuk ke Raudhah dibuka.

Klik untuk gambar besar


Elfira yang ketika ini masih berada di Madinah bagi menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Faris Khairol Anuar, berkongsi perkara itu menerusi laman InstaStory miliknya.

Raudhah atau lebih dikenali sebagai taman-taman Syurga merupakan salah satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang datang berdoa dan bersolat berdekatan dengan makam Rasulullah SAW.

Dalam pada itu, Elfira memberitahu apabila sudah berada di karpet hijau iaitu kawasan Raudhah, dia terus sahaja menadah tangan dan berdoa dengan keadaan bertenang.

Kata Elfira, dia terus rapat ke kiri hujung berdekatan dengan Makam Rasulullah SAW dan solat di saf hadapan disebabkan di sebelah kanan ramai jemaah akan bertolak-tolak.



Tambahnya lagi, dia berterusan solat sunat, hajat, taubat dan sujud syukur tanpa berhenti selama 30 minit sebelum ada orang memintanya untuk bangun.

"Lepas dibuka terus dapat masuk ke Raudhah. Sampai saja di Raudhah jangan gementar himpit-himpit orang. Tenang dapat saja berdiri dekat karpet hijau tadah tangan berdoa sambil-sambil tu.

"Rapat terus ke kiri hujung dan terus solat ke saf depan sebab belah kanan ramai yang akan bertolak-tolak dan terpijak sebab tak perasan atau sebab teruja dapat masuk mereka terus solat tengah-tengah.

"Yang belah kiri tulah dekat dengan Makam Rasulullah SAW. Kalau dah dapat solat depan, teruskan solat saja tanpa berhenti, kalau berhenti orang akan suruh bangun terus. Solatlah solat hajat, taubat, sunat dan sujud syukur," ujarnya.

Elfira turut memuatnaik foto dia bergambar di sebelah tiang dalam keadaan wajahnya sedih dan syukur kerana dapat berdoa lagi tanpa ada gangguan.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: