08 February 2019

AZMEER NAFI MENGKRITIK, MENYEBUT ATAU MELABEL SUARA SUFIAN 'KEMEK'


Dakwaan dia melabel suara salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) iaitu penyanyi Sufian Suhaimi sebagai 'kemek' telah disangkal komposer terkenal Azmeer yang juga merupakan ketua juri AJL33.





Azmeer menegaskan dia tidak pernah mengkritik, menyebut apatah lagi melabel suara Sufian dengan perkataan tersebut ketika sidang media selepas pertandingan itu selesai pada Ahad lalu.

Sebaliknya kata Azmeer, dia hanya memberikan kenyataan secara umum mengenai vokal dan persembahan semua peserta selain tidak pernah merujuk kepada mana-mana individu termasuk Sufian.

"Saya beri kenyataan itu secara umum sahaja malam itu... Tidak pernah sama sekali ditujukan kepada sesiapa secara langsung termasuk juga Sufian.

"Tak mungkin suara Sufian saya rujuk 'kemek' kerana kami juri sudah sebulat suara memberikan anugerah Persembahan Terbaik kepada Sufian di campur dengan undian peminat.

Klik untuk gambar besar


"Anugerah itu juga mengambil kira elemen seperti nyanyian, feel dan corak persembahan. Kalau suara Sufian betul 'kemek', macam mana dia boleh menang kategori itu?," katanya.

Azmeer membuat kenyataan itu menerusi laman Facebook bekas Pengarang Hiburan Harian Metro dan penulis lirik, Slen fadzil.

Pada AJL33, Sufian mempertaruhkan lagu 'Di Matamu' dan lagu ciptaan Rinkarnaen dan Sirkhan itu berjaya membawa trofi Persembahan Terbaik sekali gus menerima hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Azmeer berkata dia terkejut kenyataannya itu diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga dia menerima kecaman daripada netizen.



Jelasnya, pada sidang media sama, dia hanya memberi komn secara am kepada semua komposer sebagai alat nasihat dalam memastikan mereka menghasilkan karya lebih baik pada masa hadapan.

"Sebenarnya malam itu, Sufian sangat bagus dan persembahannya memang power... Walaupun saya ada cakap ada komposer yang nak berkarya dan menyanyi tapi suara kemek... Ia adalah nasihat dan tip secara am kepada semua bakat pencipta dan artis-artis baru di luar sana.

"Juri-juri bukan membbuat kerja sambil lewa dan setiap keputusan adalah keputusan majoriti dengan mengambil kira segala aspek daripada peringkat pra pernilaian lagi ditambah persembahan live pada malam itu," ujarnya.

Azmeer memberi perjelasan ini apabila pihak pengurusan Sufian tidak berpuas hati selepas terdapat laporan yang menulis kenyataan Azmeer berhubung 'suara 'kemek' dipersembahkan penyanyi itu.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: