08 February 2019

AL-FATIHAH - MAK SHEILA MAMBO KEMBALI KE RAHMATULLAH


"Assalamualaikum. Rakan taulan jauh dekat, saya ingin memaklumkan yang mak saya Aishah bt Nyak Adam baru sahaja meghembuskan nafas terakhir tadi jam 5.15 petang (semalam - 7 Februari 2019).





"Allah mudahkan Mak pergi hanya dengan 3x nafas terakhir dan sempat menyebut Allah. Mak sempat menjawap salam saya 2 minit sebelum dia pergi sewaktu adik saya sedang membaca talkin.

"Kami minta mak syahadah. Mak sebut Allah begitu jelas. Saya selalu akan pastikan waktu maghrib atau malam jumaat untuk peringatkan mak dengan Yassin dan khafi.

"Rupanya saya masih melakukan hal yang sama tetapi kali ini didepan jasad mak terbujur. Semoga Allah tempatkan mak bersama para syuhadah.

Klik untuk gambar besar


"Mak dah pergi jumpa emak bapaknya yang sudah lama meninggakan mak 'yatim' sejak usia 6 tahun. Alhamdulillah Allah mulakan perjalanan hidup mak dimalam jumaat yg indah.

"Saya mohon doakan buat mak saya," tulis pelakon Sheila Mambo yang memaklumkan berita sedih di laman Instagram (IG), dimana maknya, Aishah Nyak Adam telah meninggal dunia pada pukul 5.15 petang semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sheila berkongsi berita sedih itu kepada pengikutnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan takziah pada Sheila dan berharap agar keluarganya tabah diatas kehilangan mak yang tersayang.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sheila Mambo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: