08 February 2019

"BIAR SAKIT MENGANDUNG SUAMI TANGGUNG.. TAK SAMPAI HATI TENGOK" - FIZI ALI


Menerusi laman Instagram, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali telah memuatnaik foto isterinya, pelakon Shakilla Khoriri yang kini hamil anak sulung mereka itu sedang mengambil gas nebulizer di percayai di sebuah klinik.





Fizi yang mendirikan rumah tangga bersama Shakilla pada 18 Februari 2018 itu mengakui dirinya tidak sanggup melihat kesakitan yang perlu ditanggung isterinya dan jika boleh dia mahu segala kesakitan itu biarlah ditanggungnya.

Tambah Fizi lagi, dia berharap para suami yang lain terus melayan kerenah isteri yang hamil biarpun permintaannya tidak masuk akal.

Klik untuk gambar besar


"Kalau boleh biar la sakit orang mengandung tu suami yang tanggung.. tak sampai hati tengok bila isteri kita muntah2, batuk, sesak nafas.. lagi2 masa dia mengandung..

"Harap para suami layankan je apa yang isteri nak bila mengandung tu.. walaupun tak masuk akal.. ikutkan je.. korang bg semangat dekat @shakillakhoriri.. kesian dia 😭😭😭😭," katanya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Shakilla segera sembuh dan proses kehamilannya dipermudahkan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fizi Ali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: