08 February 2019

FOTO & VIDEO MESRA TERSEBAR - SUFIAN ADA KEKASIH BARU?


Nampaknya nama penyanyi Sufian Suhaimi sehingga kini tidak henti menjadi bualan hangat netizen, sejak berjaya memenangi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) menerusi lagu 'Di Matamu'.





Malah, muncul lagi beberapa pendedahan panas dimana tersebar lagi foto lelaki mirip dengan Sufian bermesra bersama seorang gadis.

Menerusi laman sosial Twitter, satu demi satu pendedahan di muatnaik dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Katanya foto itu diambil pada petang sebelum persembahan epik Sufian di AJL33.

Malah, ada netizen yang mendapati baju yang dipakai oleh lelaki di dalam foto yang tersebar itu sama seperti baju yang pernah dipakai oleh Sufian. Bukan itu sahaja, ada juga foto memaparkan gadis tersebut sedang berbaring manja di peha lelaki itu.

Mereka juga pernah bercuti bersama dan buktinya adalah foto dua keping tiket penerbangan ke Bali yang jelas tertera nama Sufian Suhaimi.

Klik untuk gambar besar


"Merq dapat lagi video pelanduk dua serupa sepian, suara pun sama. Napew dalam dunia nih ramai nak berwajah sepian yihhh rengserk lah!" katanya.

Rata-rata netizen agak terkejut dengan pendedahan tersebut dan tertanya-tanya siapakah gerangan gadis tersebut? Adakah benar beliau adalah kekasih baru Sufian? Mereka berharap penyanyi itu dapat tampil memberikan penjelasan dengan segera.

Mungkin ada lagi mereka yang mempunyai wajah yang sama dengan Sufian? Ataupun sekadar foto yang sudah di sunting? Kita nantikan penjelasan lanjut daripada tuan empunya badan.










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: