08 February 2019

MASUK HOSPITAL - MAK JAH HIDAP JANGKITAN KUMAN PADA PARU-PARU & DARAH


Pagi semalam, pelakon veteran Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah, 70, telah dimasukkan ke Hospital Ampang dan difahamkan menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan darah.





Sebelum ini pada 2014, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur setelah disahkan menghidap kanser rahim tahap satu.

Malah pelakon yang terkenal menerusi beberapa buah drama seperti 'Fatimah Juling', 'Halimah Jongang' dan 'Awan Dania' itu turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Mak Jah yang mula aktif berlakon pada 1987 telah membintangi lebih daripada 100 buah drama dan menjayakan berpuluh buah filem antaranya 'Mami Jarum', 'Lady Boss', 'Hingga Hujung Nyawa', 'Volkswagen Kuning', 'Jutawan Fakir', 'Sara', 'Bujang Senang' dan 'Cinta Fotokopi'.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: