17 February 2019
BILA NETIZEN TULIS SURAT TERBUKA 'PADU' BUAT SUHAIMI SAAD
Semua mengetahui mengenai penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang kini kontroversi dengan pelbagai isu termasuk mencabar angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar untuk membuktikan bumi tidak mendatar.
Bagaimanapun, cabaran itu dijawab oleh Dr. Sheikh Muszaphar di laman Instagram beliau. Suhaimi kemudian menjawab di Facebooknya seolah-olah dia dan Ina (isterinya) mentertawakan jawapan Dr. Sheikh Muszaphar.
Seorang pengguna Facebook, Tun Fiqa Mohammad telah menulis satu surat terbuka buat Shuhaimi Saad. Berikut adalah surat terbuka yang kami salin daripada Instagram beliau.
"SURAT TERBUKA BUAT SAUDARA SHUHAIMI SAAD: Assalamulaikum wbt, Pertama sekali tahniah saya ucapkan kepada tuan kerana menjadi seorang yang sangat teguh pendirian. Tuan memilih untuk memandu tanpa seat belt. Tahniah.
"Tuan memilih untuk tidak memvaksin anak tuan. Tahniah. Tuan memilih untuk tidak menghantar anak tuan ke sekolah. Tahniah. Tuan memilih untuk meletakkan anak di jalanan untuk meminta derma. Tahniah. Tuan memilih untuk membuatkan isteri Tuan beroleh pahala lebih dengan tidak menyediakan mesin basuh. Tahniah.
"Tuan juga menyatakan isteri tuan yang sama tidak tuan berikan kemudahan mesin basuh tadi, tidak bijak cuma level makcik kantin. Tahniah. Dan terkini, tuan memilih untuk berdebat dengan angkasawan negara tentang bulat bujur atau leper nya bumi ciptaan Allah swt. Tahniah.
"Dari kaca mata saya, a bad marketing is still marketing. Semua ini tuan pilih untuk berkongsi di facebook. Saya kira tuan bangga menentang arus. Tahniah. Tuan berjaya mendapat perhatian masyarakat. Tahniah atas populariti ini. Tapi sedarkah Tuan tentang implikasi pilihan tuan ini kepada anak anak tuan dan isteri tuan?
"Sesungguhnya hidup ini bersifat sementara, entah esok entah lusa sekiranya tuan tiada lagi, bagaimana agaknya nasib anak anak dan isteri tuan yang telah tuan pisahkan dari norma masyarakat ini? Bagaimana nasib anak anak tadi tanpa pendidikan formal? Sekiranya sakit anak anak tadi kerana tiada vaksin, adakah sekadar takdir dan tidak perlu usaha? Kerana tuan tidak berusaha untuk mencegah dari awal lagi.
Klik untuk gambar besar
"Tuan, sekiranya Bumi ini berbentuk flat, dimanakah hujung nya? Dimana temboknya? Tak terjatuh manusia di hujung dunia ke planet sebelah? Apa tuan menidakkan graviti? Naik turun matahari? Dan juga bulan? Saya khuatir apa yang tuan ajarkan kepada anak anak tuan tentang kejadian alam?
"Tuan, ini perlunya berguru tuan. Pesan ayah kepada saya, seperti juga ilmu persilatan, Ilmu tidak pernah boleh 'ditebuk tengah' sekiranya tetap dilakukan maka buruklah padahnya. Al quran adalah tunjang kepada sains, kejadian alam dan manusia semua dijelaskan di dalam al quran, tetapi tuan, sains menjelaskan semua ini dengan lebih mudah agar dapat difahami manusia. Tetapi tuan menolak semua ini dan memilih untuk mentafsir sesuka hati tuan. Apakah ilmu yang tuan ada? Siapa guru tuan? Apa rujukan tambahan tuan? Apa sirah yang tuan sandarkan?
"Seiring dengan ilmu, perlu juga beradap. Islam menganjurkan kita berbaik sangka dan membina ukhwah. Ukhwah apa yang tuan terapkan dengan mencabar dan mempersoalkan orang lain? Setelah Syeikh Muszafar menzahirkan kesyukuran dan kebesaran Ilahi yang dilihatnya sendiri tuan terus menerus menggasak dan masih mempersoalkan beliau. Terus menerus menjolok sarang tebuan. Apa yang cuba tuan buat? Adakah tuan mahu kami semua percaya yang bumi ini leper? Tidak tuan, kami semua ke sekolah.
"Tuan, seandainya dicelup jari kita ke dalam lautan, setitis cuma ilmu kita. Orang yang merasakan dia tahu semua perkara adalah orang yang paling merbahaya. Maka bergurulah, buka minda tuan dan jangan cuba menjadi pakar dalam sesuatu yang bukan bidang kita. Sesungguhnya, “ihdinassiratulmustaqim”.
"Dengan rendah hati saya mohon tuan untuk mendapatkan nasihat kesihatan dari doktor pakar kerana sejujurnya saya khuatir tuan mempunyai masalah yang tuan sendiri tidak ketahui. Agama adalah tunjangnya, sains adalah cabangnya. Janganlah ditolak, kerana keduanya saling berkait. Sekiranya ilmu tidak penuh didada, janganlah lautan dalam ingin diduga.
"Akhir kalam, saya doakan agar tuan diberikan ketenangan.. Semoga kita semua beroleh kebaikkan dan sentiasa dalam rahmat Allah swt. InsyaAllah.
"Al Imran : 3:7 - It is He who has sent down to you, [O Muhammad], the Book; in it are verses [that are] precise - they are the foundation of the Book - and others unspecific. As for those in whose hearts is deviation [from truth], they will follow that of it which is unspecific, seeking discord and seeking an interpretation [suitable to them].
"And no one knows its [true] interpretation except Allah . But those firm in knowledge say, "We believe in it. All [of it] is from our Lord." And no one will be reminded except those of understanding," demikian surat terbuka netizen yang panjang lebar.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment