24 February 2019

DAKWA BLACKPINK TERLAMPAU SEKSI - ABBY ABADI HAIRAN TIADA BANTAHAN


Semua mengetahui mengenai kumpulan K-Pop terkenal dari Korea Selatan iaitu Blackpink telah menggegarkan pentas Malaysia semalam dengan persembahan cukup bertenaga dan menghiburkan, ditambah pula dengan aksi comel mereka yang memikat hati. Difahamkan, seramai 8,000 orang peminat tegar kumpulan tersebut membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.





Dikala semua pengguna media sosial heboh memperkatakan tentang kemeriahan konsert tersebut, selebriti Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya memuatnaik satu kenyataan yang agak panas.

Abby mempertikaikan mengapa tiada pula bantahan ataupun protes yang dilakukan untuk membantah penganjuran konsert berkenaan sedangkan ahli kumpulan Blackpink berpakaian agak seksi.

"Jap jap.. sebelum tidur nak tanya. Takde siapa buat demo ke Blackpink ni pakai skirt pendek nauuuuuu buat konsert kat Malaysia ni? Haritu Selena Gomez bukan main huru hara lagi sampai buat solat hajat depan stadium. Yg ni?

Klik untuk gambar besar


"Apa yg bestnya Blackpink ni ye? Sorry Sy tertinggal bas. Tertengok ni baru tahu pasal Blackpink ni.. #janganmarah #tanya #demojanganbermusim #skirtpendekdekatnaknmpkspenderdah #ingatbajuniseksihabis #rupanyasalinbajulain #lagiseksi #adikberadikkpopkeni #koreaek? 🙊," tulisnya.

Kenyataan Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka berpendapat Abby tidak perlu terus mencari kesalahan serta mengkritik cara hidup orang lain sedangkan beliau sebelum ini juga mempunyai masa silam tersendiri.

Konsert sulung Blackpink di Malaysia merupakan sebahagian daripada siri jelajah dunia BLACKPINK 2019 World Tour (In Your Area) dan berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Februari 2019.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: