28 February 2019

DIKAITKAN DALAM ISU BLACKPINK - ZIZI KIRANA RASA BENGANG, PELIK


Penyanyi Zizi Kirana meluahkan rasa bengang dan mengakui pelik apabila dirinya menjadi sasaran dan dikaitkan dengan isu imej seksi kumpulan K-Pop popular, Blackpink yang mengadakan konsert di Malaysia hujung minggu lalu.





Tidak pernah ingin mencari masalah dengan mana-mana pihak, Zizi, 34, tidak faham mengapa peminat obses Blackpink tidak boleh menerima artis pujaan mereka itu dikecam sehingga namanya pula terkena tempiasnya.

"Kenapa pula nama saya tiba-tiba kena diheret dalam perdebatan mengenai isu Blackpink pakai seksi?. Saya langsung tiada kaitan dan sebenarnya tak ambil tahu pun.

"Bagaimanapun, saya pelik apabila netizen sudah mula 'tag' atau memetik nama saya. Bukan satu dua, ramai pula tu. Saya faham jika mereka terlalu obses terhadap idola. Tapi janganlah sampai heret nama saya yang tiada kaitan dalam hal ini," katanya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, penyanyi lagu 'Nak Ke Tak Nak' itu memuatnaik di Instagram story beberapa komen netizen yang mengaitkan namanya mengenai isu berkenaan.

Isu imej seksi Blackpink mula hangat diperkatakan selepas penyanyi dan pelakon Abby Abadi menegur pemakaian skirt kumpulan tersebut terlalu pendek.

Kenyataan Abby itu mendapat pelbagai reaksi peminat yang mempertahankan Blackpink tetapi mengaitkan pula dengan penampilan seksi Zizi yang dikenali dengan gaya seksi dan dikatakan lebih berani daripada pakaian kumpulan itu.








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Harian Metro & Instagram Zizi Kirana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: