28 February 2019
KESAL, NAFI ADA HUBUNGAN - OKTOVIA MANROSE DAKWA BELLA HALAU ALIFF
"Kami bukan hanya berdua, ada yang teman untuk mengelakkkan difitnah. Saya tak suka orang buat tambah-tambah cerita macam ini. Jaga sikit muka. Alif dengan saya keluar sebagai kawan dan tiada apa yang serius di antara kami.
"Apa bukti yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk tak pernah nak kalah, satu cawan air langsung tak pegang," kata pelakon Oktovia Manrose yang tampil mempertahankan dirinya dan menyangkal dakwaan beliau ada hubungan dengan Aliff dan juga turut menegaskan beliau tidak mabuk.
Perosak rumah tangga orang lain dan pelbagai lagi kecaman dilemparkan netizen kepada pelakon baru itu selepas dikaitkan dengan kontroversi penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu curang buat kali kedua.
Oktovia memberitahu yang mereka tidak berdua-duaan di kelab malam sebaliknya ditemani rakan rakan lain untuk mengelakkan fitnah sebegini.
Pelakon wanita itu juga menafikan yang dirinya masuk ketika berada dalam kelab hiburan itu bersama Aliff dan meminta Bella Astillah untuk menyiarkan video sebagai bukti dirinya dalam keadaan mabuk.
Klik untuk gambar besar
Dalam kenyataan balas itu juga, Oktovia juga mempersoalkan status Bella sebagai seorang isteri sehingga sanggup menghalau suaminya keluar dari rumah ekorang kontroversi yang sedang melanda kini.
"Apalah nasib suami yang cuba untuk berubah namun tetap dipersalahkan dengan benda yang tidak betul — siap pack baju suami dan halau suami. Isteri jenis apa ni?" tulis Oktovia.
Selepas dakwaan yang Aliff keluar berhibur di kelab hiburan bersama pelakon itu, pelbagai kenyataan keluar dari Oktovia namun semuanya sudah dipadam dari akaun Instagram beliau.
Nampaknya Oktovia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bella tentang hubungan bersama suaminya dan mabuk. Ramai masih menunggu kenyataan dari Aliff sendiri berkaitan kontroversi ini. Kita tunggu pula versi cerita dan penjelasan daripada Aliff pula nanti.
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, mStar Online, Mak Cik Puaka & Rotikakaya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment