03 February 2019

DIKECAM ISU CERAI - INI LUAHAN HATI DAUS AF8 UNTUK ANAKNYA


Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 8 (AF8), Daus telah menerima pelbagai kecaman selepas mendedahkan dia sudah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Syaza Shamimi Jalaludin Khan yang baru sahaja dua minggu melahirkan anak ketiga mereka pada Jumaat lalu.





Terkini, Daus atau nama sebenarnya, Muhd Shahril Firdaus Eli, 31, menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan isi hati dan mendedikasikan ucapan khas untuk anaknya bongsunya, Ayesha Sheraz.

"Assalamualaikum kesayangan Daddy Ayesha Sheraz.. Semoga menjadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah okay sayang... Maafkan daddy lepas ni jarang tengok Ayesha & kakak-kakak... Insya-Allah janji daddy lepas ni akan jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya untuk anak-anak daddy...

"Allah tengah menguji... Doakan Daddy berjaya di dunia & di akhirat... Maafkan semua kesalahan daddy bila Ayesha & kakak-kakak dah besar nanti.. Mereka mampu berkata apa-apa.. Daddy tak kisah dah...

Klik untuk gambar besar


"Yang penting daddy dah usaha untuk perbaiki keadaan... Dah besar nanti jaga mama elok-elok okay? Jangan buat mama sedih... Daddy sayangkan anak-anak daddy dunia akhirat," tulis Daus panjang lebar.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata peminat Daus mendoakan agar Daus sentiasa kuat menghadapi ujian ini.

Daus yang pernah popular menerusi lagu 'Kenapa' menceraikan isterinya secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Bintulu, Sarawak dengan talak satu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Delysha Senzela, 5, Myesha Sehrish, 3, dan Ayesha Sheraz yang baru dilahirkan dua minggu lalu.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Daus AF8


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: