03 February 2019

MUATNAIK VIDEO 'MENYANYI' - LIZA HANIM BUAT NETIZEN 'TERKEJUT'


"Pantang Day 9 - Ok dah rindu nak perform..... once a show girl ....," demikian kata penyanyi Liza Hanim yang memuatnaik satu video ketika sedang menyanyikan lagu 'Gelisah Mimpi' di sebuah majlis menerusi akaun Instagram miliknya.





Video itu telah dimuatnaik oleh Liza bertujuan untuk meluahkan rasa rindu untuk menyanyi dan membuat persembahan.

Rata-rata netizen 'terkejut' apabila Liza memuatnaik video tersebut kerana menyangka penyanyi itu menyanyi ketika dalam pantang selepas 9 hari melahirkan anaknya.

Jangan terkejut ya netizen, Liza sekadar mengimbau kemabli dan meluahkan rasa rindu untuk menyanyi kembali.

Apa-apapun, kami harap Liza selamat menjalani berpantang dan semoga semuanya baik-baik sahaja. Untuk rekod, Liza telah bersalin anaknya yang kelima pada 25 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar










www.myartis.com / Sumber, foto & video: Media Hiburan & Instagram Liza Hanim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: