04 February 2019

AJL33 - 'HARAM' HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH MUNCUL JUARA


Malam semalam Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) telah melabuhkan tirainya apabila lagu ciptaan Hael Husaini dan lirik Ezra Kong berjudul 'Haram' yang dijangka ramai itu muncul juara yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil.





Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi.

Naib juara pula dimenangi komposer Hang Nadim, Laq, Kadok dan lirik oleh Hang Nadim dengan lagu 'Bunga' yang dipersembahkan penyanyi Ara Johari. Mereka menerima wang tunai RM35,000 beserta trofi.

Tempat ketiga disandang oleh lagu 'Sampai Bila' ciptaan Sharon Paul dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya & Shah Shamshiri nyanyian Misha Omar. Mereka menerima wang tunai RM20,000 dan trofi.

Sementara itu, Misha Omar juga turut berjaya memenangi kategori Vokal Terbaik, dan telah membawa pulang wang tunai RM12,000, dan trofi.

Klik untuk gambar besar


Seperti yang dijangkakan penyanyi Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu 'Di Matamu' telah melayakkan dirinya menerima trofi Persembahan Terbaik serta menerima wang tunai RM12,000 trofi dan sebuah telefon pintar kamera kuad, Samsung Galaxy A9.

Persembahan 12 finalis AJL diadili 10 juri profesion pelbagai latar belakang iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Manan Ngah, Helen Yap, Ajai, Lok Yu, Ly, Ag Coco, dan Adi Priyo. Manakala Azmeer bertindak sebagai ketua juri.

Segmen pembukaan dimeriahkan dengan persembahan Search dan DJ Fuzz. Manakala segmen Intermission pula dibawakan khas oleh Samsung dari penyanyi BBNU Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali dengan lagu Seribu Impian. Segmen terakhir iaitu Interlude dihangatkan oleh Nico, Juzzthin, Balan, Lil J, Zizi Kirana, Aman Ra, Joe Flizzow, Sonaone dan Alif.

AJL 33 mengekalkan gandingan hos Alif Satar dan Sherry AlHadad yang tidak pernah mengecewakan penonton dengan gelagat mereka yang bersahaja.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: