04 February 2019

PERSEMBAHAN 'DI MATAMU' CURI PERHATIAN TERMASUK ELFIRA & EZLISA


Nampaknya tidak sia sia kemunculan penyanyi Sufian Suhaimi sebagai salah seorang finalist Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL 33) pada malam semalam apabila persembahan beliau di pentas berprestij itu berjaya mencuri tumpuan ramai.





Sufian hadir mendendangkan lagu popular beliau 'Di Matamu' dan persembahan yang ringkas tetapi penuh bermakna itu kini menjadi perbualan ramai di media sosial.

Rata rata peminat beliau memuji persembahan penyanyi itu yang berjaya menyampaikan emosi sebenar lagu tersebut selain mengandungi mesej tersendiri yang mendalam, seperti yang disuarakan Dato' Siti Nurhaliza sendiri.

Ada juga yang berkata pelamin pada persembahan Sufian yang sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Elfira Loy tetapi putus sebelum nikah itu mirip sebuah pelamin artis popular baru baru ini.

Klik untuk gambar besar


Tidak kurang ada juga mendoakan yang Sufian membawa pulang kemenangan pada AJL 33 malam semalam, namun Sufian hanya mendapat Anugerah Persembahan Terbaik AJL33.

Disebalik kekecohan persembahan 'mendalam' Sufian di pentas AJL33 malam semalam, adik kepada Elfira Loy, Ezlisa Loy berpendapat penyanyi itu tidak habis mempergunakan kakaknya untuk meraih populariti.

Kenyataan tersebut dimuatnaik di laman Twitter selepas tular persembahan Sufian yang mempamerkan prop pelamin pernikahan bekas tunangnya itu dibelakang pentas ketika mempersembahkan lagu 'Di Matamu'.



Menurut Ezlisa, Sufian merupakan seorang penyanyi yang baik tetapi masih mempergunakan nama kakaknya untuk meraih populariti dirinya sendiri. Dengan sinis, Ezlisa turut mendakwa sikap Sufian itu masih tak berubah hingga kini.

Selain itu, Elfira menerusi Twitter turut meninggalkan pesanan 'maju jaya' buat bekas tunangnya itu di pentas AJL33. Elfira juga dilihat sinis berpesan kepada Sufian agar deritanya habis dengan kemenangan yang dikecapi.

Mungkinkah adik beradik Loy ini menganggap Sufian menggunakan prop pernikahan yang berlangsung baru-baru ini sebagai sindiran buat mereka? Apapun tahniah diucapkan kepada Sufian yang menang dalam kategori Persembahan Terbaik.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Instagram Muzik-Muzik 33 & TV3 Malaysia.


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: