04 February 2019

"AMPUN MAAF DIMINTA" - ELFIRA TUNAI UMRAH BERSAMA SUAMI


Menerusi laman Instagram, pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam bagi menunaikan ibadah umrah.





Pada entri tersebut, Elfira mengambil kesempatan meminta peminatnya supaya mendoakan ibadahnya dan suami di tanah suci dipermudahkan serta memohon maaf atas segala khilafnya.

"Alhamdulillah saya telah selamat tiba di Tanah Suci Mekah dan akan melakukan umrah yang pertama sekejap sahaja lagi.

Klik untuk gambar besar


"Walauapa jua silap El pada anda, ampun maaf diminta. Doakan supaya ibadah umrah kami diterima, umrah yang mabrur & doa-doa kami juga diangkat. Amin," tulisnya.

Melihat gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan agar Elfira dan suami sentiasa diberi kesihatan yang sihat ketika berada di Makkah dan Madinah.

Untuk makluman, Elfira Loy dan Faris Khairol Anwar selamat bernikah pada 1 Januari 2019 di Cyberview The Lodge, Cyberjaya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Elfira loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: