04 February 2019

PEREKA: "INSPIRASI CELINE DION" - SUFIAN NAFI TIRU PELAMIN ELFIRA


"Saya tidak cuba serang sesiapa. Mana-mana pihak yang terasa hati saya mohon maaf. Ini memang lagu sedih dan berkaitan dengan putus cinta. Bukan saya seorang sahaja yang pernah mengalami putus cinta, jadi saya cuba menyampaikan sebaik mungkin.





"Saya jujurnya baru tengok pelamin itu pada sesi latihan. Mungkin bukan hobi saya untuk lihat pelamin orang lain. Apa-apa pun itu bukan niat saya. Saya letak chandelier itu sebagai melambangkan situasi saya yang terperangkap dan akhirnya bebas.

"Kain putih pula melambangkan permulaan baru dan pelamin itu elemen kejutan," kata penyanyi Sufian Suhaimi yang memberitahu bahawa persembahan 'Di Matamu' di Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Pada masa sama, Sufian memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati. Jauh sekali untuk mempergunakan nama bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy untuk meraih perhatian ataupun publisiti murahan.

Sufian menjelaskan simbolik di setiap prop yang digunakan pada persembahan malam semalam itu adalah sebahagian daripada penceritaan lagu putus cinta berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Menyampaikan lagu 'Di Matamu' pada pentas AJL 33 malam semalam dan berjaya mendapat anugerah Persembahan Terbaik, prop serba puith yang dilihat seakan pelamin dengan hiasan bunga di pentas membuatkan ramai yang berkata ia nampak sama seperti pelamin sewaktu majlis pernikahan Elfira.

Sementara itu, pereka pentas persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33), The Calla tidak menjangkakan rekaan mereka untuk lagu 'Di Matamu' ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu mencuri perhatian ramai sehingga menjadi tular.

Perekanya, Mohd Firdaus Othman berkata, dia bersama kumpulannya menyediakan rekaan untuk pentas dan mendapat persetujuan daripada Sufian.

"Kami mengambil inspirasi daripada persembahan Celina Dion menerusi lagu My Heart Will Go On di satu acara anugerah yang menggunakan lampu chandelier dan tirai langsir sebagai prop.



"Untuk pelamin itu, kami bina untuk sesuaikan dengan jalan cerita lagu 'Di Matamu' dan tidak ada kaitan dengan mana-mana pelamin lain. Kalau ada pun, ia secara kebetulan," jelasnya.

Menurut Firdaus, menjadi tugas pihaknya sebagai kumpulan pereka untuk menyediakan idea terbaik.

"Kami juga mendapat kelulusan daripada pihak TV3 yang mahukan rekaan pentas yang 'straight forward' dan tidak berkias-kias. Jadi, dengan menggunakan pelamin sebagai salah satu elemen, orang faham bahawa lagu itu berkisar mengenai kegagalan dalam percintaan," tuturnya.

Ditanya sama ada pihaknya menjangkakan bahawa rekaan pelamin itu akan dikaitkan dengan pelamin majlis perkahwinan Elfira yang juga bekas kekasih Sufian, Firdaus menegaskan sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.



"Kami tak jangkakan ia akan dianggap sedemikian. Seperti yang saya katakan, ia kebetulan," ujarnya.

The Calla sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti apabila dipantik sebagai perancang majlis serta pelamin antaranya Anzalna Nasir, Yuna dan Siti Saleha.

Dalam pada itu, Sufian mengucapkan terima kasih kepada bekas tunangnya itu diatas doa yang dikirimkan melalui Twitter semalam. Biarpun rata-rata mengecam 'doa' Elfira kerana dilihat seolah menyindir Sufian, namun penyanyi itu tidak melihat ucapan itu dari sudut negatif dan menganggap Elfira tidak mempunyai niat yang tidak baik.

"Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik. Pada saya niat itu baik. Tiada apa yang silap pun dalam tweet tersebut. Saya tidak cuba serang sesiapa. Mana-mana pihak yang terasa hati saya mohon maaf.

Kagum dengan sikap Sufian yang tidak cepat melatah dengan kontroversi dan kecaman yang tercetus. Semoga selepas ini Sufian terus sukses dalam bidang nyanyian dan mencipta hasil seni yang berkualiti.














www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro & Muzik-Muzik 33


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: