09 February 2019

DITEGUR PENGIKUT: "TAKKAN NAK POST GAMBAR TENGAH MENANGIS" - EMMA


Pelakon Emma Maembong, 27, dilihat mula memuatnaik gambar terbaharunya di laman Instagram sejak mengumumkan dirinya tidak lagi memakai tudung pada Rabu lalu selepas lima tahun melakukan penghijrahan itu.





Rata-rata pengikutnya masih meluahkan rasasedih terhadap tindakannya itu seolah-olah tiada rasa bersalah dan suka dengan perubahan tersebut.

"Macam suka sahaja dah lepas tudung, foto pun gedik-gedik," komen salah seorang pengikutnya.

Bagaimanapun, Emma dilihat cuba mempertahankan dirinya dan secara bersahaja membalas komen yang ditinggalkan itu.

Klik untuk gambar besar


"Takkan nak post gambar tengah menangis," jawab Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, secara ringkas.

Sementara itu, walaupun Emma menerima pelbagai kecaman hebat namun masih ramai memberikan kata-kata semangat kepadanya selain berharap dia akan kembali menutup aurat.

Ramai di antara mereka juga turut menasihatkan Emma agar tidak terlalu galak memuatnaik gambarnya yang tidak bertudung di laman Instagram buat masa ini sehingga keadaan yang panas menjadi reda.



Emma turut dilihat membalas hampir semua komen yang ditinggalkan kepadanya sebagai tanda penghargaan atas doa mereka buat dirinya.

Sebelum ini, Emma memberitahu bukan mudah untuk istiqamah dan kekal imej bertudung yang dipakainya sejak lima tahun lalu.

Dia juga mengaku keputusannya itu bukan sesuatu yang patut dijadikan contoh selain bersedia menerima sebarang kecaman.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Kosmo & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: