09 February 2019

DILAMAR DI PARIS - NADIA BRIAN NIKAH SELEWAT-LEWAT AWAL 2020


"Sebenarnya rancangan asal saya ke sini (Paris) untuk bercuti dengan keluarga. Tapi sudah alang-alang di sini kami buat saja gambar pra perkahwinan. Memang tidak sangka Muizz tiba-tiba melamar, terus saya terkejut dan katakan 'ya'.





"Muiz seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan saya sungguh bertuah dapat mengenalinya," kata pelakon Nadia Brian yang memberitahu, jika tiada halangan majlis perkahwinan akan diadakan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Selepas mendedahkan kepada umum dia sudah mempunyai pasangan awal tahun ini, Nadia, 27, mengumumkan dia kini menerima lamaran kekasihnya, Muizz Nasruddin dengan memuatnaik gambar di laman Instagram (IG) miliknya, semalam.

Nadia yang kini berada di Paris, Perancis, ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkata, dia sangat terkejut dan menangis dengan apa yang berlaku kerana perancangan awal ke Paris untuk bercuti sekali gus mengambil gambar pra perkahwinan mereka.

Klik untuk gambar besar


Berkongsi mengenai perkenalan dengan Muizz, Nadia berkata, dia mengenali jejaka itu menerusi kawannya dua tahun lalu namun hanya sekadar rakan biasa dan mereka kembali rapat hujung tahun lalu.

"Saya memilih Muiz kerana melihat sikapnya yang bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa untuk lebih mengenali saya. Sebagai pelakon saya bekerja tidak tentu masa tetapi dia sentiasa memahami malah tidak segan untuk bertemu dengan keluarga dan itu yang membuatkan terbuka hati menerima lamarannya," ujarnya.

Terdahulu, menerusi entri di IG miliknya, Nadia berkongsi gambar dilamar Muizz ketika berada di hadapan Menara Eiffel, Paris.

Menerusi ruangan komen, ramai mengucapkan tahniah kepada Nadia dan mendoakan semoga segala perancangannya dengan pasangan untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nadia Brian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: